Sejak mula dibuka untuk jualan pada 26 Disember lalu, kini tiket Konsert On Tour Siti Nurhaliza di Kuala Lumpur dah terjual 70 peratus. Budiey kira ini satu pencapaian dan kira dah banyak dah tu. Padahal konsertnya lambat lagi.
Memetik laporan dari Kopiplanet.com yang menemubual pengurus ctdk, Rozi Abdul Razak, tiket konsert di Malaysia mendapat sambutan ramai malah tiket paling mahal RM1,295 (meet & greet) sudah habis dijual. Pergh! Mantaplah!
Peminat Tak Mahu Beli Last Minute
Konsert yang dianjurkan Shiraz Projects itu bakal diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 16 Mac ini. Tiket berharga RM105, RM155, RM255, RM355, RM495 dan RM1,295 (meet & greet) boleh didapati menerusi www.mytickets.asia.
“Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan. Belum pun sampai seminggu dah hampir 70 peratus tiket terjual. Walau bagaimanapun, masih ada lagi tiket-tiket bagi mereka yang ingin mendapatkannya,”
– Pengurus Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Rozi Sang Dewi
Selain Malaysia, Dato’ Seri Siti Nurhaliza bakal menjayakan dua lagi konsert jelajah di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia pada 21 Februari dan di Singapura Expo, Singapura (2 Mac). Tiket bagi konsert di dua lokasi tersebut akan mula dijual pada 7 Januari ini.
Nantikan Liputan Budiey di Konsert Kat Singapura dan KL
Inshaallah… Budiey akan buat liputan di dua buah konsert iaitu di Kuala Lumpur (semestinyalah kan?) dan juga di Singapura pada 2 Mac ni. Yeah! Semangat nih!
Sementara itu, ketika ditanya mengenai persiapan Siti Nurhaliza menjelang konsert jelajah, Rozi berkata,
“Buat masa ini Siti masih lagi bercuti di Dubai sehingga esok.”
“Balik sahaja daripada bercuti dia akan melakukan latihan persembahan dengan pengarah muzik, Aubrey Suwito. Minggu ketiga bulan ini, Siti juga akan mulakan latihan tarian bersama pasukan koreografi.
“Dalam masa yang sama Siti juga akan meneruskan latihan kecergasan bagi memantapkan staminanya. Dalam tiga atau empat kali seminggu Siti akan menghadiri kelas zumba dan gim selain beliau turut giat melakukan latihan kardio dan bersenam,”
– Pengurus Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Rozi Sang Dewi
Melihat kepada sambutan yang diterima, Budiey boleh katakan konsert ini bakal menjadi Concert of the Year 2019 untuk senario seni muzik di Malaysia. Mungkin nanti akan ada sidang media untuk mewar-warkan persiapan dan juga memberitahu tentang perkembangan terkini pasal konsert ini.
Apa yang Budiey harapkan konsert ini nanti berlainan dengan apa yang dihidangkan sebelum ini. Dari segi mutu persembahan, mutu penata cahaya, mutu dan keunggulan… semua vasss! Yeah! Percayalah! Malaysia boleh! Siti boleh!
Sumber: KopiPlanet.com