in , ,

Lancar Joviankan Rayamu, Jenama Jovian Mahu Jadi Pusat Sehenti Raya

16 tahun di pasaran, jenama fesyen terkenal dan komersial, Jovian meneruskan tradisi melancarkan koleksi raya menerusi kempen tradisinya, Joviankan Rayamu.

Untuk tahun ini, di bawah kempen berkenaan, jenama yang berdaftar di bawah syarikat JOVIAN Apparel Sdn Bhd itu melancarkan beberapa cabang rangkaian fesyen.

Ia termasuk Jovian Pop Raya, Selendang Daiyan by Jovian, Dainty Flowers, Nona Malaya (kerjasama dengan Aeon), Jovian Men, aksesori Bulan Bintang (kerjasama bersama Wanderlust + Co) dan Jovian Luxe.

Lancar Joviankan Rayamu, Jenama Jovian Mahu Jadi Pusat Sehenti Raya
Datuk Jovian Mandagie mahu kempan Aidilfitiri dilancarkannya jadi pusat sehenti raya pilihan seisi keluarga

Seiring dengan kempen dilancarkan, orang kuat jenama itu, Datuk Jovian Mandagie optimis menyasarkan ia sebagai usaha menjadikan empayar niaganya sebagai ‘pusat sehenti raya’ pilihan seisi keluarga.

Lancar Joviankan Rayamu, Jenama Jovian Mahu Jadi Pusat Sehenti Raya

“Saya percaya saban tahun wanita termasuk yang bergelar isteri atau ibu kebiasaannya akan menjadi kepala menentukan perancangan beraya termasuk membeli kelengkapan raya hinggalah pakaian serta barang kemas.
“Justeru, kami mahu menjadikan kempen Joviankan Rayamu sebagai platform beli-belah terbaik untuk keluarga tak kira belian di stor fizikal mahupun atas talian.
“Menerusi kempen ini, segala keperluan seperti baju raya golongan lelaki dewasa dan kanak-kanak, kelompok wanita dewasa dan kecil tersedia untuk kemudahan bersama.
Jadi tak perlu fikir jauh, carilah jenama kami untuk persiapan raya anda,”

– Jovian
JOVIAN MANDAGIE
Keluarga bahagia, Jovian bersama isteri, Datin Nina Ismail Sabri dan anak tersayang, Jeannelle Nika Mandagie

Menurut Jovian, beliau menerbitkan lebih 40,000 unit keluaran raya termasuk baju, tudung, selendang dan aksesori dengan harga dari RM249 hingga RM999.

DAIYAN TRISHA JOVIAN MANDAGIE

“Malah aksesori kami termasuk pin tudung magnet dari semurah RM15 ke atas. Koleksi aksesori Bulan Bintang kerjasama dengan Wanderlust + Co. Malah menerusi kempen raya ini juga kami hidupkan gabungan tradisi dan moden untuk menyemarakkan kembali semangat berhari raya.

“Tak hanya di situ kami tawarkan belian rangkaian kempen raya ini secara ansuran tiga kali menerusi aplikasi Shopback.

“Kami juga ada menawarkan belian kombo tiga helai tudung RM100, sah laku di semua butik dan di laman rasmi kami di www.jovian.com.my,”katanya.

Lancar Joviankan Rayamu, Jenama Jovian Mahu Jadi Pusat Sehenti Raya
Antara koleksi kempen Joviankan Rayamu

Memberikan pilihan kepada peminat dan pelanggan setia jenamanya, Jovian menegaskan bahawa koleksi diketengahkan dari harga mampu milik hingga ke premium.

“Kalau mahu koleksi dari harga RM300 ke atas, boleh pertimbangkan koleksi Jovian Pop Raya, Dainty Flowers, Nona Malaya. Kalau mahu sedikit mewah, boleh cuba intai koleksi Jovian Pop Luxe bermula dengan harga dari RM799 hingga RM999.

“Tidak dilupakan juga, koleksi yang melengkapkan kempena raya ini khusus untuk kaum adam menerusi Jovian Men.

Ada dua koleksi baharu iaitu Baju Melayu Moden Aqeef dan Kurta,” katanya.

JOVIAN MANDAGIE

Sementara itu, turut mencuri tumpuan ialah koleksi selendang menampilkan Daiyan Trisha. Terdahulu, Jovian dan artis jelita itu berkolaborasi menerusi projek pelitup muka.

“Koleksi selendang ini adalah penghormatan kepada kecantikan dan keanggunan wanita, dengan setiap selendang direka dengan teliti untuk menjelmakan rasa keanggunan abadi.

“Dengan rangkaian warna yang menakjubkan dan reka bentuk yang rumit, koleksi ini sesuai untuk sebarang majlis, daripada acara istimewa hingga pakaian harian. Ia juga bukan sekadar koleksi selendang biasa, namun menjadi simbol harapan dan ketabahan.

“Projek ini juga jadi kesinambungan keserasian kami bersama Daiyan sekali gus memenuhi permintaan peminat masing-masing” katanya.

Untuk ke butik fizikal, boleh kunjungi pusat beli belah seperti Melawati Mall, IOI Putrajaya, Publika, Berjaya Times Square, Pavilion selain cawangan di Bangi, Bangsar dan Shah Alam.

DAIYAN TRISHA JOVIAN MANDAGIE
Selendang Daiyan by Jovian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jemput Raya & Raya Medley Buah Tangan Terbaharu Dari Rocketfuel Entertainment

NORREEN IMAN

“Ini Tidak Kelakar!” Norreen Iman Dikecam Buat Lawak Ketika Solat