Sebagai perempuan, tidak manis kalau banyak sangat dia memberi kenyataan mengenai hubungan cintanya. Bagi aktres Lana Nordin cukuplah satu Malaysia sudah maklum akan pengakuan sekaligus mengenai pendedahan kekasihnya Johan As’ari, bahwa mereka sedang hangat menjalin cinta. Malah aktor itu turut mengakui sudah pun melamar Lana.
Namun timbul cerita yang kurang sedap di dengar, hubungan mereka dikatakan tidak direstui oleh ibu Johan yang dikenali sebagai Datin Firdaus.
“Hubungan saya dengan Johan macam biasa. Soal itu (jumpa keluarga Johan) saya serah pada Johan. Dalam hal ni, Johan yang patut mencorakkan semuanya. Saya ni perempuan. Tak manis rasanya kalau saya cakap lebih-lebih. Saya takut nanti disalah tafsir oleh keluarga dia. Biarlah dia selesaikan dengan keluarga dia dulu. Lagipun sekarang, Johan sibuk dengan teater Bahayanya Wanita dan promosi filemnya, Tokan.
“Pada saya, kalau kami ada jodoh, ada lah. Kalau tak ada, saya tak kisah. Bukan saya tak yakin dengan hubungan ni, tapi kami masing-masing baru kenal. Saya pun perlu sedikit masa untuk betul-betul kenal dengan Johan dan kemudian baru lah dengan keluarganya.”
Mengimbas saat bagaimana dia boleh berkenalan dengan Johan, Lana berkata, dia sebenarnya rapat dengan pelakon Lisdawati. Tidak lama dulu, ketika Lisdawati pergi menunaikan umrah dia ada berpesan pada aktres supaya mendoakan agar dia bertemu dengan lelaki dan jodoh yang baik. Dan dia bersyukur apabila diketemukan dengan Johan.
“Saya pernah pesan pada Lisdawati sewaktu beliau nak menunaikan umrah, saya minta dia doakan supaya saya mudah dipertemukan dengan lelaki yang baik dan beriman. Alhamdulillah, mungkin ini juga berkat doa beliau, saya berkenalan dengan Johan. Saya selesa dengan Johan. Dia juga banyak membimbing saya.”
Kerana itu juga tambah Lana lagi, dia merancang mahu menunaikan ibadah umrah bersama-sama Lisdawwati dan sekaligus ditemani Johan. Dalam pada itu, beritahu pelakon yang terkenal dengan jolokan Pamela Anderson Malaysia ini, sejak dia berkawan dengan Johan, dia menerima banyak komen positif, bukan sahaja dari para peminatnya malah dari peminat Johan sendiri.
“Saya tak selalu sangat masuk laman sosial. Saya tak terlalu bertwitter tapi kalau ada pun, hanya di Instagram. Sejak kawan dengan Johan, banyak komen-komen positif dari peminat. Mereka tanya saya betul ker saya nak bertudung dan mereka galakkan dan doakan saya. Bagi saya, saya jadi diri saya sendiri. Perlahan-lahan. InsyaAllah bila tiba masanya nanti, InsyaAllah…” – Sumber MalaysianDigest
Semoga jodoh kalian bertemu jua nanti ya.