in , ,

Lan Solo & Siti Sairah Buktikan Bakat Memasak Setanding Bakat Nyanyian

Kehebatan vokal tidak cukup bagi Lan Solo dan juga Siti Sairah. Kini, mereka mencabar diri di dapur bersama pasangan masing-masing!

Episod akhir Dapur Tempur Selebriti membawakan pertempuran dua pasangan suami isteri iaitu pasukan Seragam Hitam, Lan Solo & Sheila Hassim (isteri) yang akan menentang pasukan Dapur Jiran Sebelah Rumah iaitu Siti Sairah dan Mohd Edane (suami). Dapatkah mereka kekal tenang dan melengkapkan cabaran mereka dalam Dapur Tempur Selebriti kali ini? 

Episod lalu telah menyaksikan pasukan Double D, pelakon Didie Alias dan anaknya, Nur Diyana dinobatkan sebagai pemenang selepas menerima pujian kedua juri Cef Naem dan Michael Ang dengan masakan mereka “Stroganoff Daging”, sesuatu yang berbeza dan kreatif. Pasukan Double D telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 dan barangan tajaan Prego selama setahun. Manakala bagi pasukan The Sumandak, penyanyi Wani Kayrie dan ibunya, Mama Kay pula membawa pulang hadiah saguhati berupa barangan tajaan Prego selama tiga bulan. 

Lan Solo & Siti Sairah Buktikan Bakat Memasak Setanding Bakat Nyanyian

Pasangan Dapur Tempur Selebriti digemparkan dengan cabaran “Yang Mana Satu?” pada episod kali ini di mana mereka perlu menukar dapur setiap kali juri dan hos membunyikan loceng! Lebih menarik lagi, peserta juga perlu menyiapkan hidangan tanpa mengetahui hidangan mana yang akan dihidangkan kepada juri pada masa terakhir. 

Apabila ditemubual tentang kepakaran memasak mereka, Lan Solo berkata, “Selama ni kami berdua masak untuk diri sendiri sahaja. Itu pun bahan mudah untuk digoreng seperti mi segera, sosej dan nugget. Dek kesibukan kerja, saya dan isteri banyak mengharapkan ibu Sheila untuk masak di rumah.”

Siti Sairah pula meletakkan kepercayaan memasak kepada suaminya. Suaminya juga banyak membantu memberi nasihat kepada pasukan Seragam Hitam. Tambah Siti Sairah, “Kebanyakannya suami saya yang akan masak di rumah, tugas saya hanyalah sebagai pembantu di dapur. Kadang-kadang saya hanyalah bantu dari segi lihat dan makan.”

Lan Solo & Siti Sairah Buktikan Bakat Memasak Setanding Bakat Nyanyian

Yakinkah kedua-dua pasangan peserta ini melengkapkan masakan barat mereka di hadapan juri profesional Cef Naem dan Michael Ang? Dan dapatkah pasukan Lan Solo dan isteri Sheila, serta Siti Sairah dan suami, Mohd Edane menampilkan masakan terhebat mereka mengikut tema yang ditetapkan? 

Nantikan episod terakhir dan terhangat Dapur Tempur Selebriti ini yang dihoskan oleh Fiza Frizzy pada 9 Disember 2023, Sabtu ini, 8.30 malam di TV9 atau strim melalui Tonton di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store. 

Dapur Tempur Selebriti menampilkan Prego sebagai penaja. Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri berdasarkan rasa, persembahan hidangan, kreativiti dan kebersihan. Pemenang minggu ini akan membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta hamper tajaan Prego selama setahun. 

Penonton turut berpeluang memenangi wang tunai RM200 dengan menyertai Peraduan Tonton & Menang untuk kali terakhir melalui tontonan Dapur Tempur Selebriti. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

realme Raikan Musim Cuti Sempena 12.12 Ada Diskaun Sehingga 50% 

Drama Amir Ahnaf Tular, Ada Babak Wanita Buat ‘Projek’ Bawah Meja?