Video itu turut kedengaran individu berkenaan meninggikan suara dengan memarahi si perakam dan kemungkinan berlaku pertelingkahan pada malam tersebut.
Menerusi ciapan di Twitter yang telah dipadam, netizen mula berteka-teki dan memetik nama pelawak Lan Pet Pet merupakan individu yang berada di dalam kenderaan tersebut.

Oleh itu, Lan Pet Pet di Instagramnya mengatakan perkongsian tersebut berbaur fitnah. Menerusi perkongsian tersebut, Lan Pet Pet memaklumkan bakal mendapatkan nasihat daripada peguamnya sebelum beliau mengambil tindakan undang-undang.
Lantaran itu, Lan Pet Pet mengatakan akan memberikan keterangan berhubung penularan video tersebut kepada pihak media tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan pencerahan daripada Lan Pet Pet.