Budiey nak ucapkan tahniah buat Lan Kristal dan isterinya Sheila yang telah selamat melahirkan seorang lagi puterinya di Pusat Perubatan Naluri Wangsa Maju pada hari Rabu (semalam), jam 5:29 petang dengan berat 2.8kg. Tahniah Lan! Semoga cahaya mata yang baru ini menambahkan lagi seri kebahagian dalam rumahtangga kalian. Amin.
Anak keduanya yang diberikan nama Nur Amna Qeesyara ini dilahirkan secara normal. Syukur la ya.
“Walaupun ia adalah anak kedua saya, perasaan berdebar tetap ada lebih-lebih lagi dua minggu sebelum bersalin kandungan isteri menjadi songsang. Saya risau apabila doktor kata Sheila mungkin perlu dibedah, bagaimanapun dia diberi rehat secukupnya dua hari sebelum bersalin dan syukurlah kandungannya normal,”
Tambah Lan, dia mungkin akan mengadakan kenduri doa selamat, namun perancangan itu masih lagi belum dibincangkan dengan isteri dan keluarga.
“Saya belum fikir apa-apa lagi, cuma yang penting isteri dan anak selamat. Isteri saya juga akan menjalani proses berpantang mengikut cara tradisional di rumah kami di Puchong dengan bantuan ibunya,” ujar Lan.
Lan dan Sheila telah mendirikan rumah tangga pada 9 Disember 2009 dan memiliki seorang anak perempuan bernama Nur Amna Qaleesya yang kini berusia setahun 10 bulan.
Vokalis kumpulan Kristal, Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yosof yang telah mendirikan rumahtangga bersama dengan isterinya Nur Shiela Hassim telah memberi perkhabaran gembira apabila isterinya telah melahirkan anak kedua mereka petang semalam.
Berita gembira ini disebarkan oleh Lan sendiri kepada rakan media yang lain melalui SMS dan twitter selepas menyambut kelahiran puteri kedua mereka pada pukul 5.29 petang semalam.
Pasangan bahagia ini telah mendirikan rumahtangga sejak tahun 2010 ini. Lan dan Shiela merupakan pasangan yang telah bercinta selama 10 tahun dan akhirnya mengikat tali perkahwinan pada tahun 2010 ini telah dikurniakan anak kedua sepanjang dua tahun berkahwin.