“YA ALLAH…AMPUNILAH DOSA KAMI…†DALAM LAMBAIAN KAABAH EPISOD AKHIR DI TV1
Setelah berehat hampir sebulan bagi memberi laluan kepada siaran langsung program “Salam Baitullah†sempena musim haji lalu, episod keenam Lambaian Kaabah yang bermakna seruan kepada penyatuan hati, meningkatkan keimanan, berusaha gigih untuk mencapai tujuan murni dan sikap bertoleransi ini kembali menemui penonton dengan membawakan tajuk “Ya Allah…Ampunilah Dosa Kami…†yang pastinya lebih menarik dan sarat dengan pengajaran untuk dijadikan pedoman bersama.
Dokumentari khas Lambaian Kaabah yang bertujuan memapar usaha membangunkan ummah di negara terdahulu telah bersiaran menemui penonton pada 25 Oktober 2010 hingga 29 Oktober 2010 lalu dan mendapat reaksi positif daripada penonton yang ternanti-nantikan program berbentuk sebegini.
Episod akhir dokumentari khas terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) ini yang mengetengahkan tajuk “Ya Allah…Ampunilah Dosa Kami…†bakal disiarkan pada 26 November 2010 (Jumaat), jam 9.00 malam di TV1.
Dokumentari sejam ini memaparkan bagaimana umat Islam seluruh dunia berduyun-duyun mengunjungi Baitullah dan berwuquf di Arafah serta melakukan pelbagai ibadat wajib dan rukun yang lain bagi memastikan haji yang dilakukan itu sempurna dan diterima Allah.
Menunaikan haji adalah kemuncak ibadah bagi umat Islam sekaligus melunaskan kesemua 5 Rukun Islam yang wajib dilakukan sepanjang hidup. Jaminan haji mabrur adalah syurga. Mereka datang ke Tanah Suci untuk menyahut seruan, mencari keredaan, mendapatkan keampunan dan ihsan Allah.
Kota Suci Mekah bukan hanya tempat untuk melakukan ibadah haji dan umrah, Kota Suci Mekah adalah destinasi yang turut membuka ruang dan peluang kepada umat Islam untuk memajukan diri. Ini termasuk untuk menerokai bidang keusahawanan, menceburi bidang profesional dan melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang.
Lima tajuk yang telah disiarkan terdahulu termasuklah “Menjana Umat Berjayaâ€, “Rahmat Di Tanah Suciâ€, “Membina Tamadun Gemilangâ€, “Menyahut Panggilan Suci†dan “Kelana Anak Melayu†yang mana antaranya berkongsi informasi bahawa jika umat Islam dapat mengukuhkan ekonomi, sudah pasti taraf hidup mereka akan meningkat dan mereka akan menjadi suatu umat yang dihormati. Umat Islam yang hidup daif sudah pasti akan dihina dan diperlekeh. Penguasaan ilmu dan kekuatan ekonomi akan memudahkan ibadah dilakukan dengan sempurna.
Dokumentari ini turut memaparkan tentang sejarah perjuangan Nabi Muhammad, pembesaran dan permodenan kota Mekah, peranan usahawan Malaysia terlibat dalam program pembangunan di Tanah Suci dan pengalaman anak Melayu yang bermastautin di Mekah dan Madinah.
Penyiaran dokumentari ini yang dipenuhi dengan maklumat terkini dan motivasi pasti akan meningkatkan usaha umat Islam di Malaysia untuk terus memandang ke hadapan bagi memajukan diri dan bersikap positif.
Bagi mengetahui apakah yang dikupas selanjutnya menerusi episod akhir ini pastikan anda meluangkan masa menyaksikan Lambaian Kaabah pada 26 November 2010 (Jumaat), jam 9.00 malam di TV1.