[dropcap]S[/dropcap]ebut je Maybank2U, semua orang tahu. Hatta budak sekolah tadika pun dah tahu. Pendek kata, Maybank2U ni, antara laman web bank terkenal yang ada kat Malaysia sekarang ni. Kalau artis, Budiey ibaratkan Maybank2U sepertimana famousnya macam Datuk Siti Nurhaliza. No. 1! Glam & fabulous, you!
Setiap hari Budiey akan buka Maybank2U untuk buat macam-macam benda. Bereskan bil utiliti dan buat bayaran cukai pendapatan setahun sekali, top up prepaid, transfer duit kat adik beradik yang tengah belajar. Macam-macam ah. Kalau tak bayar bil, sekurang-kurangnya, 2 hari sekali, Budiey akan tengok baki.
[pullquote align=”right”]Setakat ni, bila dah bertahun-tahun setia dengan Maybank2U ni, so far, memang tak ada banyak masalah.[/pullquote]
Manalah tahu ada rezeki datang dari langitkan? Setakat ni, bila dah bertahun-tahun setia dengan Maybank2U ni, so far, memang tak ada banyak masalah. Sangat mudah dan yang penting menjimatkan masa Budiey yang sememangnya selalu sibuk menghadiri events. Kalau boleh jadikan skrip, dah lama Budiey buat skrip untuk watak Amy Mat Piah dalam filem Rock Oo, kata dia, gua sayang Maybank2U sangat2. Muah muah muah. (sambil cium jari buat flying kiss)
Budiey ada dengar keluhan beberapa orang kawan media tentang hati mereka tak senang dengan servis laman sesawang bank yang lain. Ada laman web yang sangat slow untuk loading. Naik lebam menunggu depan PC. Adakala tu, nombor tag lambat sangat sampai. Macam-macam hal. Kadang-kadang Budiey kesian jugak kat diorang sebab degil sangat, tak mahu bertukar kepada yang lebih baik. Jadi pengguna setia Maybank2U dari dulu sampai sekarang, so far masih belum buat hal lagi.
Selain Maybank2U.com, ramai yang tak tahu, (sebenarnya, Budiey pun tak tahu), rupanya Maybank ada laman web rasmi iaitu www.maybank.com. Kiranya, www.maybank.com ini adalah laman web korporat yang memperkenalkan seluruh jenama Maybank selain ia mengandungi macam-macam informasi seperti aktiviti dan event terkini, biasiswa dan peluang pekerjaan. Manakala Maybank2U adalah laman yang menyediakan servis dalam talian kepada pelanggan setia. Itulah beza yang ketara Budiey dapat rasakan.
Jadi, apa yang membezakan antara www.maybank.com dan www.maybank2u.com ? Haa, bezanya, Maybank2U ni adalah laman web transaksi untuk kemudahan pelanggan manakala www.maybank.com pula adalah laman yang menyediakan segala informasi korporat dan juga promosi serta acara yang dianjurkan oleh Maybank.
Kali pertama masuk ke laman web Maybank.com ni, Budiey rasa, warna temanya sudah cukup melambangkan imej Maybank. Warna temanya iaitu warna kuning yang terang, bold dan segar… memang cukup cool dan hip! Ini menjadikan laman web ini lebih menarik dan kelihatan glamor. Jika anda berpendapat, sesetengah warna yang terang seperti kuning ni, ada masanya menjadikan kita senak mata memandang, anda silap ya. Sebab. warna kuning untuk laman web ini digabungkan dengan warna lembut menjadikan ia nampak begitu sebati dan sejuk dipandang. Tidaklah menyilau mata Budiey ni yang semakin naik silaunya ni.
Daya tarikan utama laman web Maybank yang terkini memang menggunakan konsep yang paling terkini di mana ia sangat inovatif, mudah dilayari dan yang penting sekali, padat dengan informasi. Budiey suka sebab keseluruhan website ni nampak up-to-date. Budiey dapat jangkakan kemungkinan besar pada tahun 2013 ini, Maybank mahu mencipta satu perubahan yang besar pada laman web ini di mana ianya seiring dengan kemajuan teknologi. Mungkin jugak la, kita tunggu je nanti apa perubahan drastik yang mahu dibuat oleh Maybank.
[pullquote]Budiey suka sebab keseluruhan website ni nampak up-to-date.[/pullquote]
Sentuhan design website Maybank ni nampak trendy sebab menggunakan teknologi terkini. Budiey dah beberapa kali masuk ke website ini dengan menggunakan tablet dan telefon bimbit, ternyata ia direka untuk memudahkan kita melayarinya mengikut gajet yang kita guna. Dalam pada masa yang sama, laman sesawang ini juga nampak sangat cool bila kita menggunakan desktop browser. Di sini dah nampak Maybank sudah bersedia untuk mengharungi cabaran teknologi semasa.
Budiey rasalah kan, alangkah baiknya jika laman web Maybank2U diubah seperti mana laman web rasmi Maybank ni. Barulah lagi cool. Adakah ada kemungkinan Maybank akan buat perubahan macam tu? Apa pendapat korang, rasanya elok dengan reka bentuk sedia ada atau tukar mengikut theme yang baru? Budiey berpendapat, Maybank2U patut ditukar kepada theme yang baru di mana kita senang untuk melayarinya mengikut browser atau gajet yang kita guna, betul tak? Lagi cepat loading lagi bagus. Barulah lebih mudah, jimat masa dan lebih penting ianya mobile friendly!
Cakap pasal browser ni, Budiey teringat dengan Windows 8 dan ternyata, reka bentuk terkini laman web ini lebih mesra dengan telefon pintar dan tablet. Jadi, gerenti tak banyak masalah jika kita menggunakan komputer sebab ia mesra dengan kecanggihan Windows 8.
Kalau nak dibandingkan dengan laman web bank yang lain kat Malaysia ni, Maybank ternyata maju ke depan dan laman web ini adalah yang pertama di Asean yang menggunakan kecanggihan teknologi terbaru. Thumbs up untuk Maybank.
Nak tahu apa yang terbaru, sila layari www.maybank.com.