in , , ,

Lakonan Terbaharu Zarul Husin Dalam Drama Bersiri PELANGI HATI di TV Okey

Tampil membawakan watak utama sebagai Awang Hamidi iaitu lelaki yang berdepan konflik menceraikan isteri atas desakan ibu sendiri, pelakon Zarul Husin muncul membintangi drama bersiri terbaharu bertajuk “Pelangi Hati” yang sedang bersiaran setiap hari, pukul 12.00 malam menerusi TV Okey.

Dalam 20 episod drama arahan Adon Dagok dan diterbitkan oleh Megaday Media Sdn Bhd ini, Zarul bergandingan dengan pelakon berpengalaman Kuza, Cha Cha Maembong, dan Rosnah Johari, selain turut dibantu Natasha Charmaine, Anding, Adam Yusuf, Ryry Ryun, Tony Eusoff, dan May May Fung. 

Perjalanan ceritanya tentang watak utama Sarimah, yang dibawakan oleh Kuza, seorang anak yatim piatu berhijrah dari Kuching, Sarawak ke Cameron Hinglands ekoran diceraikan suaminya Awang Hamidi. Semuanya berlaku hasil daripada hasutan dan fitnah emak Awang Hamidi, Dayang Lufya. 

Lakonan Terbaharu Zarul Husin Dalam Drama Bersiri PELANGI HATI di TV Okey

Ketika itu Sarimah terpaksa meninggalkan anak perempuannya, Dayang Faizah yang berusia dua bulan kerana Sarimah di anggap perempuan sial yang sentiasa membawa malang dalam keluarganya. 

Di Cameron Highlands, nasib Sarimah agak baik kerana rakan karibnya Zaharah baik hati. Sarimah diambil oleh teman baiknya itu bekerja dengannya untuk menjaga Tania, anak Zaharah dan suaminya Dr. Zainal. 

Tanpa diduga satu tragedi hitam menimpa keluarga Zaharah. Zaharah dan suaminya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Sebelum meninggal dunia Zaharah sempat mewasiatkan agar Tania hidup di bawah jagaan Sarimah. Zaharah juga telah meminta agar Sarimah menjaga perniagaan ladang mereka untuk Tania, sehingga Tania berusia 21 tahun. 

Sarimah menjalankan amanah yang di berikan oleh Zaharah dengan penuh ikhlas. 21 tahun kemudian Sarimah bersedia menyerahkan harta Zaharah kepada Tania. Sarimah bertekad mahu pulang ke Sarawak untuk mencari anak perempuannya. 

Lakonan Terbaharu Zarul Husin Dalam Drama Bersiri PELANGI HATI di TV Okey

Tania berat hati untuk melepaskan Sarimah. Pada Tania, Sarimah adalah ibu yang sempurna di matanya. Namun Sarimah perlu segera mencari anaknya sebab Sarimah kesuntukkan masa untuk meneruskan kehidupan. 

Tania berhasrat untuk mengikut Sarimah pulang ke Sarawak untuk membantu merealisasikan impian Sarimah yang mahukan sebuah keluarga yang hidup dalam keadaan harmoni. Ikutilah kisah Sarimah mencari anak kandungnya Faizah serta cabaran yang perlu dihadapinya bila berhadapan dengan keluarga bekas suaminya itu.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem KHAENAK: SERANGAN POCONG Akan Ditayangkan Di Saluran Astro First

Tahniah! Ini Keputusan Tinjauan (Survey) Media Prima Audio (MPA) #2 2021