Anak kelahiran Bristol, England yang diberi nama Daniel Tyler sebelum memeluk Islam itu nyata teruja menghidupkan watak utama sebagai Rejab dalam telemovie diberi tajuk “Busker Bercinta” yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 15 November ini, pukul 9.00 malam di TV2.
Drama yang disiarkan mengisi slot Drama on 2 ini mengetengahkan watak utama iaitu Rejab yang telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari kehidupan baru. Semuanya bermula bila mana selepas dia kecewa kerana di tuduh mencuri ayam orang kampung. Lebih memalukan dia turut dituduh mengintai anak dara orang kampung.
Malangnya dalam kejadian tersebut berlaku satu insiden yang merubah kehidupannya. Dia telah disimbah dengan air cili yang menyebabkan penglihatannya menjadi kabur. Situasi itu membuatkan orang yang tidak mengenalinya menyangka dia buta sejak lahir.
Semasa di ibu kota, Rejab yang dianggap buta telah menyertai sebuah Kumpulan Buskers. Tanpa diduga juga bakatnya mudah diterima orang yang kemudiannya menjadi pendorong dirinya untuk terus menghiburkan orang ramai.
Walaupun sudah terkenal, Rejab tidak gembira dengan kehidupannya. Ini kerana Rejab merasakan kejayaan yang diterimanya melalui cara yang salah dan dia berniat mahu membetulkan keadaan. Namun bagaimanakah dia menyelesaikan perkara tersebut? Adakah permohonan maafnya diterima?
Selain Mat Dan, telemovie ini turut menampilkan pelakon Amir Raja Lawak, Ali Sobri, dan Qazim Nor.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.