Sering diberikan naskhah yang sarat kontroversi dan melibatkan aksi ranjang, pelakon Fasha Sandha lebih daripada sedia andai adegan lakonannya itu dikritik netizen.
Ujar pemilik nama penuh Nur Fasha Sandha Hassan itu, dia hanya memenuhi kehendak skrip yang diamanahkan sutradara kepadanya selain menyifatkan watak Datin Safieya dalam Rampas Cintaku 2 sebenarnya sarat pengajaran.
Memetik Kosmo Online, Fasha menyatakan bahawa setiap naskhah dihasilkan dengan pengajaran. Tugas beliau adalah untuk menyampaikan mesejnya.
Tidak kisah dilabel lapar perhatian kerana nama meledak disebabkan adegan sedemikian, isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu terbuka menerima pandangan umum dan menganggap tohmahan dilempar sebagai lumrah pekerjaannya.
Terdahulu, menerusi naskhah sama, Fasha pernah dikecam kerana terlalu berani melakukan aksi ranjang meskipun berstatus isteri orang.
Melakukan segala adegan secara profesional, aktres berusia 39 tahun itu bersyukur suaminya tidak kisah seterusnya memberikan lampu hijau.