in

Lagu WRITING’S ON THE WALL Sam Smith Dikritik Hebat?

Umum mengetahui Sam Smith telah mencipta sejarah menjadi lelaki British pertama menyanyikan lagu tema filem James Bond. Apatah lagi, Sam Smith sendiri yang mencipta lagu berhantu ini dengan bantuan Jimmy Napes. Namun, setelah beberapa hari dilancarkan, Budiey telah mendapati ramai peminat filem ini telah memberikan kritikan dan mengutarakan komen negatif tentang kredibiliti Sam Smith. Dikatakan lagu nyanyian lelaki British ini dianggap sampah dan tidak klasik. Haaa, betul ke?

Selepas nama Sam Smith diumumkan menjadi pelantun lagu tema filem Spectre, ramai nampaknya menaruh harapan yang terlalu tinggi memandangkan artis lelaki ini antara penyanyi yang semakin meningkat populariti dan pengaruh di zaman ini.

Sam Smith

Secara personal, Budiey tidak menganggap lagu ciptaan Sam Smith ini tidak menyengat. Sebenarnya, kalau diteliti dari segi lirik yang cukup indah, kata-kata yang melekat dijiwa dan juga komposisi lagu, Writing’s On The Wall masih lagi ada bisanya. Terutamanya ketika part falsetto:

“How do I live? How do I breathe?

When you’re not here, I’m suffocating

I want to feel love, run through my blood…”

Rasanya tak perlu membandingkan lagu ini dengan lagu tema James Bond sebelum ini. Ternyata, kesederhanaan dari segi komposisi lagu memang sangat ketara. Mungkin kerana nak terlalu membandingkan ini menjadikan lagu ini dikatakan paling teruk dan hilang bisa di telinga peminat. Nilai klasikal juga dikatakan sudah hilang walaupun dilatari dengan muzik orkestra.

Reaksi negatif ini tidak mempengaruhi mereka yang terlibat dengan produk Bond termasuklah Sir Roger Moore. Menurutnya, lagu ini masih lagi mengekalkan nilai dan imej James Bond serta masih dianggap berhantu dan mainan lenggok lagu ini cukup indah.

Lagu ini disiapkan dalam masa 30 minit sahaja dan mengambil masa selama 20 minit sahaja di studio.

Apa-apa pun pendapat negatif, tidak sedikit pun memberikan kesan dan tidak ambil pusing serta jadi isu yang besar kepada Sam Smith. Malah Sam sendiri tidak terkilan dengan kritikan pengikut setia Bond. Yang penting, pendengar tahu lagu tersebut adalah lagu Bond dan masih berharap peminat beliau menerima seadanya lagu tersebut.

 

 

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabila Huda Kini Jadi Penjual Gincu

Gandingan Zul Ariffin, Syazwan Zulkifli & Almy Nadia Dalam KONDOMINIUM