Semalam 4 Julai 2020 adalah sambutan Hari Kemerdekaan bagi Amerika Syarikat yang dahulunya pernah dijajah oleh British. Apa yang menarik perhatian kami di Ohmedia dengan sambutan kemerdekaan US ini adalah apabila lagu lagenda Ella iaitu Standing In The Eyes Of The World telah dipilih untuk menjadi lagu khas untuk sambutan negara itu.
Ini dikongsikan sendiri ratu Rock Ella yang teruja dan berbangga dengan permintaan dari kedutaan AS yang ingin memberikan nafas baru bagi lagu berkenaan.
Mereka menghubungi saya sekitar sebulan yang lalu dan kami terus berbincang untuk projek ini. Sebagai warga Malaysia, saya sentiasa berbangga dan senang hati setiap kali membawakan lagu ini di mana sahaja.
Oleh itu, saya sangat teruja bila diberitahu yang kedutaan AS memilih lagu Standing In the Eyes Of The World untuk kerjasama antara Malaysia dan penyanyi tempatan mereka.
Terbukti, muzik secara ilmiah mampu untuk menyatukan masyarakat sedunia. Kita berbicara menerusi lagu. Terima kasih diucapkan kepada mereka dan harap semua suka versi baharu lagu ini,”
– Ella
Ella meluahkan rasa berbangga dan teruja apabila Kedutaan Amerika Syarikat memilih lagunya Standing In The Eyes Of The World untuk diberi nafas baru bersempena Hari Kemerdekaan negara itu.
Ella berkata dia terus bersetuju sebaik dihubungi pihak kedutaan AS untuk merealisasikan projek yang menggabungkan artis tempatan dan AS termasuk dirinya itu.
“Mereka menghubungi saya sekitar sebulan yang lalu dan kami terus berbincang untuk projek ini. Sebagai warga Malaysia, saya sentiasa berbangga dan senang hati setiap kali membawakan lagu ini di mana sahaja.
“Oleh itu, saya sangat teruja bila diberitahu yang kedutaan AS memilih lagu Standing In the Eyes Of The World untuk kerjasama antara Malaysia dan penyanyi tempatan mereka.
“Terbukti, muzik secara ilmiah mampu untuk menyatukan masyarakat sedunia. Kita berbicara menerusi lagu. Terima kasih diucapkan kepada mereka dan harap semua suka versi baharu lagu ini,”
– Ella
Menurut Pegawai Media dan Informasi Keduataan AS, Morgan J. O’Brien III, projek yang melibatkan lebih 30 bakat daripada kedua-dua negara itu menunjukkan komitmen Amerika Syarikat untuk memperkukuhkan hubungan bersama.
Jelasnya, projek lagu yang digubah oleh Helen Yap itu dipilih kerana kesesuaian dalam kerjasama yang mengetengahkan bakat-bakat tempatan di platform antarabangsa.
“Saya harap muzik video ini mewakili kepelbagaian dalam Amerika Syarikat dan Malaysia, saya juga fikir ini akan mewakili banyak jenis muzik dalam negara saya dan Malaysia,”
– Pegawai Media dan Informasi Keduataan AS, Morgan J. O’Brien III
Susunan baru bagi lagu ini dilakukan oleh komposer terkenal Helen Yap dan dinyanyikan oleh artis dari Amerika Syarikat dan Ella sendiri.
Lagu ini telah dikeluarkan secara rasmi di YouTube U.S. Embassy Kuala Lumpur.
Berkongsi lanjut, Ella juga sangat gembira dengan sentuhan serta susunan baru lagu berkenaan yang dibuat komposer terkenal, Helen Yap.
“Versi ini pastinya berbeza kerana lagu asal saya rakam sekitar 1998. Sentuhan Helen dengan komposisi baru membuatkan lagu ini lebih segar, ditambah pula dengan alunan tiupan seruling Mohar,”
– Ella
Bagi penggubah lagu, Helen Yap, projek ini memberi peluang untuknya bekerja dengan lebih 14 penyanyi daripada empat zon masa di Malaysia dan Amerika Syarikat.
“Selalu dapat bekerjasama dengan artis lokal, tapi bila dapat bekerjsama dengan ramai pemuzik dari Amerika Syarikat, ia sangat menyeronokan, lebih-lebih lagi saya dapat kebebasan untuk berkarya,”
– Helen Yap
Selain Ella dan Mohar, artis tempatan yang turut menyumbang suara adalah Zee Avi. Manakala artis AS yang terbabit termasuk bekas pemain gitar utama Guns N’ Roses, Ron “Bumblefoot” Thal, Tony Memmel, Gabrielle Stravelli, ReVoiced, dan Farewell Angelina.
Projek ini turut membabitkan pemain genderang Band of the Pacific Angkatan Tentera Udara AS. Band berkenaan juga pernah membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Sarawak pada 2018 dan LIMA pada 2019.