in , ,

Lagu Popular di Tik Tok, Remaja Arab Issam Alnajjar Cetus Sensasi Seluruh Dunia

Hanya kerana sepotong lirik ‘Raparaparapa’, remaja kelahiran Jordan, Issam Alnajjar berjaya mencipta sensasi muziknya di seluruh dunia, sehingga muncul lagu berbahasa Arab pertama mencatat populariti di peringkat global. Lagu ciptaan sepenuhnya penyanyi berusia 17 tahun itu, berjudul Hadal Ahbek yang membawa maksud Aku Akan Terus Mencintaimu menjadi viral selepas dia memuat naik sepotong video ‘teaser’ lagu berkenaan di akaun instagram miliknya pada September lalu.

Sejak  itu, Hadal Ahbek mula menambat hati peminat seluruh dunia dan seakan melekat di kepala mereka yang mendengarnya. 

Issam Alnajjar_Press Photo 2_Credit Julian Cassady

Biarpun didendangkan sepenuhnya dalam bahasa Arab, namun ia bukan masalah besar untuk lagu itu diterima. Bahkan Issam berjaya membuktikan muzik boleh dinikmati tanpa sempadan.

Ia turut dibuktikan menerusi kejayaan lagu itu mendaki carta teratas lagu-lagu di luar negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Emeriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Malaysia dan India.

Malah lagu itu juga berjaya mengatasi penyanyi popular antarabangsa, apabila Hadal Ahbek mendapat perkongsian lebih tinggi berbanding lagu nyanyian Justin Bieber mahupun The Weeknd.

Walaupun hanya mempunyai 122k pengikut di instagram tetapi Issam mempunyai jumlah pengikut yang ramai di akaun Tik Tok dengan 813K pengikut dan mendapat lebih 8 juta tanda suka. 

Disebabkan sensasi lagu Hadal Ahbek, lebih daripada 91,000 video dijadikan lagu latar pengguna Tik Tok dan ditonton lebih 45 juta pengguna.

_DSC0502

Di Malaysia sendiri, lagu Issam juga tidak kurang sensasinya. Populariti lagu Hadal Ahbek di sini bermula daripada aplikasi Tik Tok. Malah negara kita adalah negara ketiga mencatat penstriman terbanyak selepas Indonesia. 

Selain itu, Malaysia turut muncul sebagai negara keenam terbanyak menonton video nyanyian remaja itu di YouTube sehingga muncul ‘trending’. Muzik video persembahannya secara live yang dimuat naik sendiri penyanyi itu di saluran YouTube sudah mencecah 52 juta tontonan dalam tempoh lima bulan.

“Saya masih lagi sedang  cuba menghadam semua ini, otak saya masih lagi memproses ‘kegilaan’ ini,” kata Issam mengenai populariti Hadal Ahbek. 

Menurut penyanyi yang menjadikan artis pop seperti Shawn Mendes dan Ed Sheeran sebagai inspirasi di dalam penulis lagu serta mengagumi kreativiti artis ikonik seperti Queen dan The Weeknd, dia sejujurnya menjangkakan lagunya hanya mendapat 10,000 tontonan saja.

Namun siapa sangka dalam seminggu, lagu itu berjaya mencatat lebih 100 K tononton. Sementara di aplikasi muzik Spotify, Apple Music dan Deezer, lagu Hadal Ahbek turut distrim paling banyak.

Issam Alnajjar_Hadal Ahbek Video_BTS Photo 1

“Saya sedang menggunakan  aplikasi FaceTime bersama seorang wanita, benda pertama yang muncul dalam fikiran saya pada ketika itu hateh rassik aal mkhadeh (letakkan kepala mu di bantal ku),”kongsi Issam bagaimana tercetusnya idea lagu sensasi itu.

Bagi remaja ini, muzik bukanlah sekadar kerjaya tetapi lebih kepada  cara hidup. Katanya, muzik bagaikan sebuah ‘escapism’ yang dapat membantunya memproses dalam berhadapan tekanan serta cabaran hidup sehari-hari, lebih-lebih apabila terpaksa tinggal bersendirian sejak empat tahun lalu setelah kedua ibu bapanya mengambil keputusan berhijrah ke Amerika Syarikat.

Issam juga sentiasa berasakan dirinya dilahirkan untuk menghasilkan muzik, malah dia mempunyai keyakinan diri amat tinggi dapat menghasilkan sesuatu yang dapat meninggalkan memori bukan saja buat dirinya tetapi juga kepada semua orang.

Issam Alnajjar_Hadal Ahbek Video_BTS Photo 2

“Saya remaja berusia 17 tahun yang berasal dari Jordan, saya berjaya menghasilkan lagu yang menjadi trending di seluruh dunia. Dari itu, saya yakin apa saja tidak mustahil dapat dicapai jika kita memiliki cita-cita,” katanya yang mempunyai lebih dari 600,000 subscriber di saluran YouTube.

Bagaimanapun remaja itu hanya memuat naik empat buah lagu di saluran YouTube miliknya, dua daripadanya adalah lagu original. Selain Hadal Ahbek, dia juga mempunyai sebuah lagi lagu berjudul One of A Kind yang dimuat naik pada Jun 2020.

Hadal Ahbek sudah pun tersedia di semua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, JOOX, Deezer, KKBOX dan YouTube Music manakala video muziknya sudah boleh ditonton di saluran YouTube Issam Alnajjar.

Issam Alnajjar_Lead Press Photo_Credit Julian Cassady

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Legasi Dato’ Sri Siti Nurhaliza Lancar Pada Tarikh Ulangtahun Ke-25 Dalam Industri Muzik

Paduan Romantis Syamel & Ernie Zakri Dalam ‘GOODBYE HELLO’