in

Lagu Menanti Pasti Siti Nurhaliza @ Lagu Terbaik APM & AIM 2008

Sejak beberapa minggu yang lepas, kita pasti telah terbaca atau pun terdengar tentang Anugerah Planet Muzik 2008, yang bakal diadakan hari Ahad ini, 20 April 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, setelah sekian lama diadakan di negara jiran kita, Singapura. Para artis yang terlibat dalam APM 2008 terdiri dari artis-artis Malaysia, Indonesia dan Singapura, yang akan bertanding merebut anugerah anugerah tertinggi industri muzik serantau, dan pada masa yang sama membantu memperkenalkan muzik mereka dengan lebih utuh lagi.

Selang beberapa minggu selepas itu, Anugerah Industri Muzik yang ke 15 (AIM 15) bakal diadakan pada 5 Mei 2008, bertempat di PWTC. Anugerah Industri Muzik diiktiraf sebagai anugerah muzik tersohor, di mana suara orang ramai dipastikan menentukan pencalonan dan kemenangan seseorang artis.

Antara pelbagai anugerah yang akan disampaikan pada acara-acara tersebut, anugerah yang paling di tunggu-tunggu, bukan sahaja oleh artis yang tercalon tetapi juga peminat-peminat muzik di seluruh tanahair, adalah Anugerah Lagu Terbaik.

Tahun ini, kita dapat saksikan dominasi artis Indonesia di dalam kategori tersebut di APM 2008, manakala artis-artis tersohor Malaysia mendominasi kategori tersebut di AIM 15. Walaubagaimanapun, di APM 2008, calon ulung negara iaitu yang lain dan tak bukan Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin, bakal mewakili Malaysia dengan lagunya “Menanti Pasti”, yang dipetik dari albumKayangan The Soundtrack terbitan Raden Pictures Sdn. Bhd. Lagu Menanti Pasti ini juga bakal dipertandingkan untuk kategori Lagu Terbaik juga di AIM 15.

Kali pertama terdengar bait lagu “Menanti Pasti” di ruang udara (dan kini acapkali saya dengar apabila CD Kayangan The Soundtrack saya masukkan ke dalam CD player kereta), tak terlintas di hati bahawa sang penyanyi sebenarnya Datuk Siti! Ini kerana, Siti belum lagi pernah menyanyikan lagu berentak waltz, dan pada masa yang sama, kelunakan suara Siti semakin terserlah tatkala menyanyikan lagu ini.

Lirik lagu Menanti Pasti diilhamkan oleh wartawan hiburan terkenal, Abie Abdullah, yang telah menggabungkan cintanya kepada sastera dengan penguasaan bahasa yang cukup mengujakan. Komposer terkenal, Ajai, pula telah menyadurkan sentuhan emasnya kepada lirik lagu ini, melalui rentak irama waltz yang belum lagi pernah di cuba oleh mana-mana artis sejak kebelakangan ini. Terbukti sudah, kelunakan dan tahap suara Siti yang sudah semestinya sangat tinggi potensinya, telah berjaya membawa satu macam kelainan yang positif akan halatuju dan kepelbagaian industri muzik tanahair.

Saya percaya, dengan gabungan suara Datuk Siti dan bait-bait lirik yang mendalam, lagu Menanti Pasti ini bakal memenangi hati juri-juri professional ketika mengadili kategori Lagu Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2008 dan Anugerah Industri Muzik 15. Siti Boleh!

Secara keseluruhannya, album Kayangan The Soundtrack menampilkan gabungan pelbagai genre muzik, dari pop hingga ke rock, dan dari waltz hingga ke hip-hop. Memang jiwa dan minda dibelai alunan muzik yang indah tatkala mendengar album ini, yang memuatkan 11 lagu yang dinyanyikan oleh artis-artis tersohor negara seperti Ajai, Datuk Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Siti Sarah, Farah, Zahid dan ramai lagi.

Lagu tema “Kayangan” mempunyai dua versi iaitu rock dan orkestra, dan disampaikan oleh Ajai secara berduet dengan Y.M. Tunku Dato’ Seri Mimi Wahida Wahman dalam kemunculan sulung beliau di dalam sesebuah album. Tunku Mimi, yang telah bahagia berumahtangga sejak beberapa tahun lalu, dahulunya lebih dikenali sebagai salah seorang penyampai berita dan rancangan di TV3. Lirik lagu “Kayangan” membayangkan cinta antara dua insan berlainan darjat, yang dibelenggu perbezaan cara hidup dan ketentuan struktur social kehidupan, yang di garapkan dari unsur utama filem “Kayangan”.

Datuk Siti Nurhaliza telah sudi meminjamkan suaranya yang lunak dan bertenaga bagi lagu yang berentak waltz, “Menanti Pasti”, sekaligus lari dari stereotaip balada pop. “Menanti Pasti” mengisahkan kesetiaan dan keabadian cinta, satu konsep yang semakin pudar di zaman ini. Siti Sarah pula mempamerkan keserba-bolehannya melalui lagu “Cara Yang Berbeza”, sebuah lagu tentang harapan dan aspirasi ketika bercinta, manakala Ning Baizura menghiburkan kita dengan lagunya yang mengusik jiwa, “Ungkapan Terindah”, antara lagu-lagu terakhir garapan Allahyarham Loloq, yang mengisahkan tentang cinta yang tidak mudah punah, dan ketentuan.

Farah AF yang terkenal dengan semangat dan keperibadian yang mesra-umum memberikan yang terbaik dalam lagu “Gembira Hidup Ini”, yang berkisar tentang kebebasan dan semangat untuk hidup. Zahid Af dan Shazzy pula menunjukkan kerjasama julung kali antara rentak-rentak pop, R&B dan hip-hop melalui lagu “Perlukah”. Penyanyi yang berasal dari Singapura dan sekarang sedang menempah nama di Malaysia iaitu Syed Azmir, dipertanggungjawabkan menyanyikan lagu “Kuasa Cinta”, sebuah lagu tentang kebebasan dari belenggu cinta. Akhirnya, kumpulan baru Sad Angry Babies menyumbangkan dua lagu baru mereka iaitu “Sabarlah” dan “Terakhir”, bagi album “Kayangan The Soundtrack” ini.

Untuk mendengar petikan lagu-lagu dari “Kayangan The Soundtrack”, anda boleh melayari www.kayangan.com.my, di mana bukan sahaja anda dapat mendengar petikan lagu-lagu tersebut, tetapi juga mendapatkan lirik-liriknya sekali. Pada masa yang sama, anda juga boleh melayari gambar-gambar di sebalik tabir pembikinan filem “Kayangan” dan juga acara-acara umum yang telah diadakan bagi mempromosikan filem tersebut. Jangan lupa, anda juga boleh menulusuri pelbagai muat-turun eksklusif yang boleh didapatkan semua.

Apa-apa hal sekalipun, kalau betul-betul nak mengamati lagu-lagu ini, dapatkan “Kayangan The Soundtrack” di pasaran sekarang, di kedai-kedai muzik berhampiran anda, ataupun anda juga boleh membelinya terus dari Raden Pictures dengan menghubungi 03 – 2710 1133.

Nak tahu lebih lanjut? Layarilah www.kayangan.com.my!

[tags]lirik lagu kayangan, menanti pasti songs, adit rahim, siti nurhaliza songs, lyricist, apm, winner apm, anugerah planet muzik, anugerah industri muzik, W for Woe Is Me, Dare 2 Document, Kam In Your Face, glue, pencak akhir, Face of Jizo, Emperor’s New Clothes, Paradice Now, David Tao, Selfish Crocodile, We Will Rock You, Funky Friday, Bangsawan Raden Galoh, leona lewis, the weepies[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Sidang Media Pelancaran Gang Starz Musim Ke-2

Drama Hello My Lady @ Best Of The East di 8TV