Sebuah lagu yang ditujukan khas buat Aizat dan famili serta tetamu yang hadir. Kita sedia maklum bahawa, Siti Nurhaliza dan Aizat membawa bendera yang sama, negeri Pahang. Memang ramai anak seni berasal dari negeri Pahang yang telah mengharumkan nama Malaysia termasuk Allahyarham Sudirman dan juga Siti Nurhaliza. Dan Aizat mungkin antara golongan pelapis muda untuk generasi masa kini yang bakal mengorak langkah yang sama dengan mereka yang terdahulu.
Pada saya, lagu Joget Pahang tersirat lambang atau simbol keindahan negeri Pahang yang mana sesuai sebagai pembuka majlis untuk mengalu-alukan kedatangan peminat.
Sesuai untuk menyambut kehadiran penyokong Aizat yang katanya datang bukan sahaja dari negeri Pahang, malah seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Diiringi oleh tarian dari Kelab Kebudayaan, Siti Nurhaliza seolah menjadi magnet utama dalam majlis meriah ini.
Ura-ura ada mengatakan Siti Nurhaliza Production akan mengambil Aizat sebagai artis di bawah naungannya. Namun, berita ini sebenarnya tidak disahkan lagi. Dari mana berita ini datang, saya sendiri pun tidak tahu.
Sama juga dengan gosip mengatakan Aizat dihadiahkan kereta mewah oleh ibunya dan akan melanjutkan pengajian dalam bidang seni di salah sebuah Universitas di Indonesia. Semua ini masih lagi diragukan kesahihannya.