in

Lagu HELLO DUNIA Buah Tangan Sulung Natasha Sass

Tanpa sebarang bantuan dari program realiti TV yang boleh memberi laluan bagi artis untuk mencipta nama di persada seni, pendatang baharu, Natasha Sass menyusun langkah mulanya dengan cara tersendiri.

Dia masih yakin dengan strategi menjadi artis naungan syarikat rakaman secara langsung tanpa mempercatur bakat dengan menyertai program realiti televisyen.

Muncul dengan single sulung diberi judul Hello Dunia, gadis berdarah campuran Melayu dan Jerman ini memilih Universal Music Malaysia sebagai ‘rumah’ tempat dirinya berteduh dan membesar dalam industri hiburan tempatan.

Natasha Sass

Lagu HELLO DUNIA Buah Tangan Sulung Natasha Sass

[dropcap]M[/dropcap]eletakkan nama-nama besar dunia hiburan antarabangsa seperti Michael Jackson, Celine Dion dan Selena Gomez sebagai inspirasi, kata Natasha, besar harapan kehadirannya dalam persada muzik tempatan agar mampu menjadi inspirasi kepada peminat dan khalayak pencinta muzik.

“Saya meminati dan mula menyanyi semenjak kecil lagi kerana muzik merupakan kecintaan saya. Apabila mempunyai peluang untuk melebarkan kecintaan ini secara komersial, harapan saya agar karier ini mampu memberi inspirasi buat semua peminat dan khalayak, sama seperti saya berinspirasi dengan bintang bintang hebat dunia seperti Michael Jackson, Celine Dion dan Selena Gomez,” ujar Natasha mengenai langkah awalnya dalam bidang muzik.

Berbicara mengenai Hello Dunia, karya ilham Omar K tersebut diadun dalam acuan moden dan segar, seperti pembawaan dirinya. Memilih genre Pop, R&B dan Balada, Hello Dunia memang sengaja dihasilkan dalam acuan pop dan catchy. Ia kemudiannya disalut dengan unsur rap yang disifatkan sesuai dengan Hello Dunia, selain kekuatannya juga terletak kepada melodi yang mudah menjadi siulan anak anak muda.

“Saya dan Universal Music Malaysia mempunyai hala tuju yang sama terhadap penghasilan Hello Dunia. Keinginan tersebut kemudian direalisasikan oleh komposer berkaliber, Omar K.




“Kami mahukan sebuah lagu yang santai, berbaur pop dan cathcy. Sewaktu memperbaiki lirik, datang pula idea untuk memasukkan unsur rap bagi menambah warna yang lebih menarik. Secara ringkasnya juga, melodi dan penyampaian lagu ini menjadi gambaran terhadap permulaan kembara hidup saya dalam industri ini,” ujar Natasha.

Tambah Natasha, ironinya ini merupakan percubaan keduanya menulis sendiri lagu dalam bahasa Melayu. Selain dari Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris , Natasha juga boleh bertutur dan menyanyi dengan fasih dalam Bahasa Jerman

Sememangnya, Natasha hadir dengan pakej unik untuk melengkapkan kehadirannya dalam radar hiburan tempatan. Selain menjadikan bakat aslinya sebagai senjata menawan peminat, Natasha hadir dalam imej pan Asian dan fesyen rambutnya yang menarik akan membuat khalayak lebih mudah mengenali Natasha Sass.

Natasha Sass

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BigBang Dilantik Jadi Ikon Kreatif Negara Korea Selatan

Ulasan Da’i Pendakwah Nusantara Episod Ke-6