Tahukah anda bahawa video muzik “November Rain” ciptaan Guns N’ Roses telah melampaui sebilion tontonan di YouTube? Ya! Ia merupakan video muzik dari zaman ‘90-an yang pertama mengumpul jumlah tontonan sebegini.
Selain itu, ia juga merupakan video yang dicipta sebelum era YouTube yang pertama mencapai kejayaan ini.
Beberapa maklumat tambahan menarik tentang “November Rain”:
Guns N’ Roses – “November Rain”
-
Guns N’ Roses – “November Rain” merupakan video muzik yang dikeluarkan pada zaman 1990-an yang pertama meraih sebilion tontonan. Malah, ia merupakan satu-satunya video yang dicipta sebelum era YouTube yang meraih kejayaan ini.
-
Selepas 26 tahun sejak ia dikeluarkan, video itu terus mengumpul banyak tontonan di YouTube, dengan purata hampir 560,000 tontonan harian pada tahun 2017.
-
Sesuai dengannya, populariti video muzik memuncak dengan konsistennya pada bulan November, dengan purata tontonan harian pada bulan November tahun 2017 sebanyak 41% berbanding purata tontonan harian sepanjang bulan-bulan lain pada tahun tersebut. Sehingga kini, tontonan harian bagi video itu adalah tertinggi pada 25 November 2017.
-
Video Guns N’ Roses juga terhangat dalam kalangan video era 80-an di YouTube — dengan lebih 692 juta tontonan, klip mereka untuk “Sweet Child O’ Mine” adalah video terhangat di YouTube yang dikeluarkan dalam zaman 1980-an.
-
The Cranberries – “Zombie” by The Cranberries (739 juta tontonan) dan Nirvana – “Smells Like Teen Spirit” (727 juta tontonan) merupakan video zaman 90-an yang terhangat selepas “November Rain”.
-
“November Rain” adalah video muzik yang paling popular dari kalangan trilogi video muzik tidak rasmi dari dua album Guns N’ Roses, Use Your Illusion I dan Use Your Illusion II. “Don’t Cry” yang telah mengumpul lebih dari 471 juta tontonan adalah yang pertama dalam trilogi itu, dan “Estranged” yang telah mengumpul sebanyak 111 juta tontonan adalah yang ketiga. Secara keseluruhannya, trilogi ini meraih hampir 1.5 bilion tontonan.
-
Kugian ini popular di luar AS, dengan 83% daripada tontonan 2018 datang dari negara-negara lain. Lima negara di mana mereka menerima tontonan yang paling banyak pada 2018 termasuk AS (89 juta), Brazil (69 juta), Mexico (66 juta), Argentina (28 juta) dan Columbia (23 juta).
Mengenai YouTube
YouTube merupakan komuniti video dalam talian yang terpopular di dunia. Ia membolehkan berjuta-juta pengguna untuk menerokai, menonton dan berkongsi video asli yang diciptakan. YouTube menyediakan forum untuk pengguna berhubung, mendapat maklumat dan memberi inspirasi kepada pengguna lain di seluruh dunia, selain bertindak sebagai platform agihan bagi kandungan asli serta pengiklan kecil dan besar. YouTube, LLC berpengkalan di San Bruno, California dan merupakan anak syarikat Google Inc.