Lagu ‘Cant’ Forget Me’ nyanyian Fazura telah dimainkan lebih tujuh juta kali di seluruh platform. Lagu tersebut telah direkodkan bersama penerbit Willy Beaman dan juga penyanyi serta penulis lirik Cameron Forbes di Los Angeles. Lagu tersebut juga telah mendominasi carta iTunes Malaysia beberapa jam selepas dilancarkan pada tahun lepas.Â
“Saya berasa sangat berbesar hati dengan sokongan daripada para peminat saya dan juga pihak Universal Music Malaysia,†kata penyanyi yang bakal menjadi seorang ibu tidak lama lagi. “Lagu ‘Cant’ Forget Me’ ini semestinya menjadi lagu kegemaran saya dan sentiasa menjadi pembakar semangat saya apabila berhadapan hari-hari yang sukar.â€
“Saya tidak sabar untuk peminat saya mendengar lagu baru saya, sebuah balada Bahasa Melayu, yang akan dikeluarkan tidak lama lagi, sebelum saya berehat seketika untuk memberi tumpuan kepada keluarga saya,â€
– Fazura
“Pihak Universal Music Malaysia percaya dan yakin dengan bakat Fazura dan kami berasa sangat bangga apabila lagu ‘Can’t Forget Me’ berjaya didengari lebih 7 juta kali,”
Kami merasa sangat teruja dan tidak sabar untuk melihat segala rancangannya pada masa hadapan,”
– Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Encik Kenny Ong.
Buat masa ini, Fazura telah mendedahkan rancangannya untuk melancarkan produk penjagaan kulit dengan nama jenama Fazura Skincare. Bukan itu sahaja, beliau juga akan melancarkan merchandiseeksklusif edisi khas bersempena dengan pelancaran lagu terbarunya, ‘Be Honest’.
Antara merchandise yang bakal dilancarkan adalah T-shirt lengan panjang ‘Be Honest’ (kelabu) berharga RM90, T-shirt lengan pendek ‘Be Honest’ (hitam) berharga RM80 dan Beg tote ‘Be Honest’ (hitam) berharga RM35.
Para peminat boleh melakukan pesanan awal untuk membeli merchandise eksklusifÂ
tersebut bermula 4 September sehingga 17 September hanya di https://universalmusicstore.avana.asia .
Semua pesanan awal melebihi harga RM100 sepanjang tempoh tersebut akan menerima rantai kunci edisi khas secara percuma. Merchandise ekslusif ini akan dilancarkan secara umum bermula 18 September.Â
Anda boleh mendengar lagu ‘Can’t Forget Me’ dan ‘Be Honest’ di semua platfom digital.