Rumah dah siap, pahat pun berbunyi, itu kata pepatah yang boleh menggambarkan setiap kali senarai finalis AJL diumumkan saban tahun. Ada je yang tak suka dengan pemilihan juri profesional ni. Kenapa ek? Juri sudah tentu ada ilmu pengetahuan tentang muzik. Bukan macam kita ni. Haha. So, terima je la wei.
Ramai yang komen itu dan ini, paling kesian dan sedih apabila kesemua empat buah lagu karya Amylea Azizan tidak ada satu lagu pun yang melekat untuk diusung ke pentas AJL. Mungkin dah tiada rezeki Amylea.
Tapi pelik gak sebab empat buah lagu tu bukan sikit tau. Banyak tu. Takkan takde satu pun lagu yang sangkut. Ramai yang tanya, bila tarikh AJL, tak tahu nak jawab sebab takde pengumuman rasmi, tapi dengar citer bulan Februari 2020. lambat lagi.
Semi Final Muzik Muzik diadili oleh juri profesional yang terdiri daripada Faizal Uzir (Lok U), Datuk Syafinaz, Edrie Hashim, Aznul Haidi Azmi, Aubrey Suwito, Ajai dan Azmeer selaku ketua juri. Penilaian dibuat berdasarkan kualiti lagu, sejauh mana mesej pada liriknya memberi impak kepada pendengar dan ia bukannya dinilai dari lagu ni popular atau tidak, penyampai lagu ni popular atau tidak. Sebab yang dinilai adalah kualiti lagu tu. Bukannya penyanyi. Penyanyi hanya bersaing untuk kategori sampingan iaitu vokal terbaik dan persembahan terbaik.
So, dalam video ni aku nak recap balik kesemua senarai 12 lagu dan kasi pendapat sikit tentang pemilihan lagu di AJL edisi yang ke-34.
1. DRAMA
Lagu pertama yang diumumkan semalam ialah lagu DRAMA dari persembahan DRAMA BAND. Lagu ni sangat catchy dan dinobatkan sebagai lagu terbaik untuk minggu pertama Semi Final Muzik Muzik. Kalau korang tengok muzik video lagu DRAMA ni, korang dapat nilai sendiri, lagu ni ada karakter atau pun attitude dia yang tersendiri. Lagu ni dipilih mungkin sebab kekuatan lagu pada komposisi susunan lagu dia dan jugak komposisi muzik yang punya attitude. Kiranya lagu ni menjadi satu versi baru untuk showmanship Meet Uncle Hussain dan jugak Spider masa AJL dulu-dulu.Selain dari lirik yang menggunakan bahasa mudah, lebih direct, dan mesej yang sinikal, vokal Epul memang padu untuk lagu ni. Suara telan kaset orang kata.Kalau korang masih ingat, lagu ni pernah mencetuskan kontroversi sebab video muzik dikatakan menyindir Haqiem Rusli,Nabila Razali,Ernisha dan Hannesya Hani.
2. KU BERSUARA
Semalam, aku sempat jumpa Ernie dan tanya dia, apa dia plan untuk persembahan lagu ni. Dia kata, dia nak menaikkan martabat wanita yang selalu kena tindas. Kata kunci untuk showmanship dia nanti ialah: Feminism. Kita tunggu macamana persembahan Ernie nanti. Yang penting, untuk AJL kali ini ada dua orang je vokalis pompuan. Ernie dan juga Aina Abdul. Dua-dua suara power giler, beb. Ernie ni kasi je lagu apa dia boleh bawak dengan baik. Dia guru vokal. Sah-sah dia akan kasi something yang gempak, yang unpredictable untuk persembahan dia. Kalau ibu Hetty komen.. dia mesti cakap, tembakannya tepat… haa gitu la lebih kurang.
3. ANTA PERMANA
Satu lagi pilihan yang menepati ramalan ramai peminat, iaitu lagu ANTA PERMANA. Semua orang tahu dah, lagu ni asalnya dinyanyikan Dato Seri Siti Nurhaliza tapi untuk AJL, lagu ni akan disampaikan oleh Bob Yusof. Bagi aku, tak syak lagi, satu pemilihan dan percaturan yang tepat dan bijak oleh pencipta lagu ni, iaitu Hael Husaini dan Ezra Kong. Bila pilih penyanyi lelaki, aku rasa netizen pun tak banyak point untuk buat perbandingan. Bob dah deliver lagu ni dengan baik. Lenggok qasidah pun on point. Bukan senang sebenarnya nak nyanyi lagu ni, pulak tu lagu ni pulak dinyanyikan oleh penyanyi nombor satu negara. Aku percaya, tokti mesti bangga bila lagu ni berjaya naik pentas AJL. Semalam, Bob cakap, dia punya penyakit neves tu datang balik selepas diumumkan layak ke AJL. Kita harap Bob dapat buat semua orang goosebump di AJL nanti. Tak syak lagi, aku duk rasa, selain Ernie dan Aina, Bob antara yang akan menang untuk vokal terbaik. Kita tengok nanti.
4. SUMPAH
Nampaknya ada dua lagu judul sama di AJL34 nanti iaitu Sumpah nyanyian Naim Daniel dan satu lagu sumpah Aina Abdul. Okay kita cakap dulu pasal lagu SUMPAH nyanyian Aina Abdul. Ramai yang meremang dengar persembahan Aina. Kekuatan lagu ni adalah terletak pada emosi dan teknik vokal Aina yang power. Semalam, Budiey sempat borak dengan Aima pasal lagu ni. Dia ada cerita la macama dia boleh dapat idea untuk buat lagu ni. Rupanya, lagu ni dibuat semasa Aina mengalami kemurungan selepas putus cinta. Dia punya baju semalam dah macam baju untuk final dah. Grand. Apa yang aku nak cakap pasal Aina, dia memang betul betul stragel dalam industri ni. Dari zaman dia masuk Mentor, kemudian dia berusaha nak bertapak dalam industri tapi mungkin takde lagu yang baik, dia tak berjaya untuk cipta nama. Aina ni kurang mendapat perhatian tapi vokal dia dikategorikan sebagai vokal yang berkualiti. Dan lepas AJL nanti, nama Aina mungkin akan disebut-sebut. Dia akan jadi popular. So, untuk Ernie, you dah ada rival dah sekarang.
5. LEMBAH KESEPIAN
Lagu ni dibuat oleh Haqiem Rusli dan dibantu oleh Ibu dan Ghufran untuk lirik. Haqiem sekarang takde kat Malaysia, dia kat Tanah Suci buat umrah. Lagu ni dipilih mungkin sebab liriknya ada mesej yang mengangkat isu kekeluargaan. Feel dan penghayatan Haqiem Rusli tak dapat dinafikan memang ada kekuatan dia kat situ. Haqiem ni kalau bab penghayatan dia jarang failed. Dari segi komposisi pulak, mungkin ada yang membandingkan lagu ni dengan lagu Selamat Tinggal Sayang sebab komposisi lebih kurang sama. Tak kena teknik yang betul, stamina tak cukup, lagu ni boleh buat semput jugak la. Makin lama kita nampak Haqiem ni semakin matang dan aku harap Haqiem akan buat yang terbaik di AJL untuk kepuasan penonton khususnya peminat dia yang sentiasa menyokong dia.
6. SUMPAH
Lagu nyanyian Naim Daniel ini dikompos oleh Naim sendiri dan Omar K, manakala dia punya lirik pulak oleh Naim. Keseluruhan lagu ni, dia punya emosi, dia punya soul… perghhh.. tak tahu nak cakap. You gais just imagine, Bila kau yang tulis lirik dan kau buat lagu, kau pulak yang nyanyi.. lagu ni sangat perfect bagi aku. Dari segi lirik, lagu ni sangat deep. Walaupun mesej dia simple je. Ramai yang meramalkan lagu ni akan jadi juara AJL sebab komposisi lagu ni cukup kuat. Mungkin di AJL nanti Naim boleh ubah sikit susunan muzik. Tambah eleman mana yang patut.
7. PENEMAN
Lagu ditulis oleh Tam yang jugak jadi komposer untuk lagu ni. Tak dinafikan penyampaian Hazama untuk lagu ni sangat baik. Takde masalah. Hazama ni antara penyanyi yang nyanyi live sedap. Lagu ni, kena banyak part merintih, baru dapat feel dia. hati pendengar akan jadi sayu. Lirik lagu ni pun solid. Menyentuh perasaan. Mungkin sebab itulah lagu ni terpilih. Tahniah buat lagu ni Peneman ni, walaupun jarang kita dengar kat radio. Tapi lagu ni sekali dengar kita dapat tangkap, lagu ni best.
8.DINDA
Lagu dan lirik Ali Sariah dinyanyikan oleh Kugiran Masdor. Ramai yang terkejut lagu ni layak ke Anugerah Juara Lagu. So, kat Twitter tu ramai yang duk kecam juri. Kenapa pilih lagu ni. Kira kira lagu ni jadi antara lagu yang banyak mendapat komen yang agak negatif semalam. Lagu ni dikatakan telah mendapat banyak markah dari juri sampai menyingkirkan lagu-lagu lain macam lagu empat lagu dari Amylea, lagu Jutaan Purnama Alyah, lagu siapa lagi… lagu Shila Amzah, Lagu Pudar Indah Ruhaila, lagu Marsha… Mungkin juri ada sebab sendiri kenapa mereka vote lagu ni. Lihat balik persembahan Kugiran Masdor malam tu, komen korang macamana? Tulis kat ruangan komen orait.
9. BANGUN
Tahun lepas, kita ingat lagi Aman RA teman Haqiem Rusli masa Jatuh Bangun di AJL 33. Tahun ni, Aman RA sorang-sorang mewakili rapper untuk bawak lagu rap di AJL. Tahun tak banyak lagu rancak yang berjaya masuk AJL dan lagu ni kira wakil lagu-lagu rancak. Tahun depan, kita harap lagu MIMPI dari K-CLIQUE masuk AJL pulak haha, boleh ke? Bila kata lagu hip hop masuk AJL, sudah tentu juri akan menilai dari sudut lirik dan mesej, betul tak? lagu ni dekat dengan masyarakat kita terutama menceritakan tentang kehidupan budak-budak flat. lagu ni mengajak semua untuk bersemangat bangun pagi. ek, kira semangat memulakan kehidupan la lebih kurang. Dari segi vokal Aman RA, you gais boleh dengar dia punya tone agak special, tone yang macho. dan sedap kita dengar.
10. KISAH CINTA KITA
nyanyian Hafiz Suip. Dah lama kan tak tengok Hafiz Suip kat AJL. Yes, sekarang he is back, gais. First nak cakap pasal kekuatan vokal Hafiz. Sorang lagi penyanyi telan kaset. Antara calon yang mungkin akan dapat vokal terbaik. Hafiz ni dia tak perlu nak tukar rendisi lagu untuk menampakkan lagu tu out-standing. Vokal dia clean dan clear. Kawalan vokal pun cemerlang dan baik sekali. Lagu ni kita dengar macam sebuah lagu yang simple tapi sebenarnya, susah gak la nak bawak lagu ni. Lagu ni pasal cinta dan kata Hafiz dan akan cuba menyuntik elemen romantik untuk pementasan lagu ni nanti.
11. RAGAMAN
Seperti yang kita tengok kat SFMM, kembar P.Ramlee iaitu Fairuz Misran akan nyanyi lagu ni kat AJL. Pemilihan penyanyi yang tepat sebab struktur lagu ni memang sesuai dengan suara Fairuz. At least lagu ni diberi nafas baru dengan adanya eleman klasik. Walaupun Fairuz ni ada range yang lebih rendah berbanding faizal tahir tetapi dah memberi feel yang secukupnnya. Tidak kurang dan tidak lebih.
12. RAMPAS
Lagu yang terakhir diumumkan layak ke AJL ialah RAMPAS. Lagu ni makin femes selepas Naqiu nyanyi kat Gegar Vaganza minggu lepas. Komposisi susunan lagu ni memang power. Termasuklah jugak susunan muzik lagu dia memang gempak dan energetik. Ada progresif. Pergerakan instrument jugak hidup dan dramatik. Lirik pun power. Vokal Akiem juga maintan dan sangat bertenaga.
Tahniah buat semua 12 lagu yang berjaya dan aku nak ucapkan Selamat maju jaya buat semua komposer, penulis lirik dan penyanyi yang terlibat. Lagu manakah yang akan menang di Anugerah Juara Lagu ke-34? Apa kata korang kasi pendapat dan ramalan you gais kat ruangan komen kat bawah ni. Sekian dulu video untuk kali ini.
Terima kasih kepada you gais yang sudi menonton dari awal sampai habis. Jangan lupa LIKE, KOMEN dan share video ni. Kita jumpa lagi di video yang akan datang. Bye bye.