Nama Masdo diilhamkan dari nama watak Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dari filem ‘Do Re Mi’ di mana beliau memegang watak sebagai Do atau Masdo dalam filem tersebut. Antara lagu yang popular serta menaikkan nama Masdo ialah ‘Bunga’, ‘Bercanda Di Malam Indah’ dan ‘Dinda’.
Kugiran ini juga telah mengeluarkan album pertama mereka iaitu ‘Selamat Tinggal Pujaan’ pada November 2017 dan album kedua iaitu ‘Jalan Abbey’ pada Februari 2020.
Pada tahun 2017, Masdo telah mengadakan siri jelajah konsert yang diberi nama ‘Jelajah Malam Pesta Rock And Roll’ di lima buah negeri di semenanjung Malaysia dan pada 25 Oktober 2018, Masdo telah diundang oleh Ocean Institute of Audio Technology ke Chongqing dan Henchuan China untuk mengadakan persembahan di Fishing Castle International Music Festival.
Selain daripada itu, Masdo juga pernah membuat tiga konsert mini di Indonesia pada 1 hingga 5 Ogos 2019 iaitu dua di Kios Ojo Keos, Jakarta dan satu di 107 Garage Room di Bandung.
Pada Februari 2019, Kugiran Masdo telah buat julung kalinya mengadakan showcase dan seramai 1,000 lebih peminat hadir dengan memakai pakaian bertemakan konsep tahun 60-an.
Showcase tersebut diberi tema ‘Malam Keramaian Dinda Kugiran Masdo’ bersempena dengan pelancaran single ‘Dinda’. Lagu ‘Dinda’ telah menjadi popular dikalangan peminat mereka dan ramai peminat telah membuat coverdengan pelbagai versi untuk lagu tersebut.
Kini, lagu ‘Dinda’ telah mula trending di Indonesia bermula pada pertengahan September 2021. Lagu tersebut mula trending di TikTok Indonesia apabila beberapa influencer TikTok Indonesia telah memuatnaik video mereka di TikTok menggunakan ‘Dinda’ sebagai lagu latar belakang. Antaranya adalah daripada @reymbayang yang mendapat lebih dari 20 juta tontonan, @fahmi.nm yang mendapat lebih dari 13 juta tontonan dan @zhongnrxxx yang mendapat lebih dari 8 juta tontonan. Dengan itu, sudah terdapat lebih dari 135 ribu video yang telah dimuatnaik menggunakan lagu ‘Dinda’ sebagai lagu latar belakang di TikTok.
Bermula dari TikTok, lagu ‘Dinda’ telah mendapat sambutan yang luar biasa oleh pendengar Spotify di Indonesia. Ini kerana pada 21 September 2021, lagu ‘Dinda’ telah berada di nombor 34 di Carta Spotify Top 200 Indonesia dan juga di tempat pertama di Carta Spotify Viral 50 Indonesia. Selain daripada itu, terdapat 3 lagi lagu mereka berada di Carta Spotify Viral 50 Indonesia, iaitu ‘Janji Manis’, ‘Bunga’ dan ‘Bercanda Di Malam Indah’.
Berikut merupakan sedikit maklumat tentang lagu ‘Dinda’ di TikTok dan Spotify Indonesia;
Jumlah video di TikTok:
Melebihi 135,000 video.
Spotify Indonesia:
Jumlah Penstriman: Melebihi 900 ribu penstriman.
Mendapat lebih dari 800 ribu penstriman dalam masa 2 minggu sahaja.
Purata penstriman untuk sehari sejak trending adalah 145 ribu.
Carta Spotify Indonesia:
Carta Top 200 Indonesia
- Mula memasuki carta pada 15 September 2021 di kedudukan #156 dengan lebih 40 ribu penstriman.
- Kekal di dalam carta selama seminggu setelah trending dan naik di kedudukan #34 pada 21 September 2021 dengan lebih 125 ribu penstriman.
Carta Viral 50 Indonesia:
- Menakluki kedudukan #1 selama seminggu sejak 16 September 2021.
- Lagu ‘Janji Manis’, ‘Bunga’ & ‘Bercanda Di Malam Indah’ turut memasuki carta Viral 50 Indonesia.
Masdo amat beryukur dan berterima kasih dengan peminat dan juga pendengar mereka di Indonesia dan juga Malaysia atas sambutan yang luar biasa ini.
Anda boleh dengari lagu ‘Dinda’ oleh Masdo di sini.