Setelah setahun lebih menyepikan diri daripada meriliskan lagu baru, BLACKPINK berjaya mencipta fenomena yang hebat menerusi lagu terbaru mereka iaitu “How You Like That”. Pada 30 Jun lepas, Guinness World Records mengumumkan bahawa kumpulan wanita tersebut telah berjaya merebut 5 rekod baru daripada video muzik “How You Like That”.
Video muzik yang hebat itu berjaya memegang pelbagai gelaran seperti “Video Youtube dengan paling banyak tontonan dalam masa 24 jam”, “Video Youtube dengan paling banyak tontonan dalam masa 24 jam bagi kumpulan K-Pop”. Menerusi pengesahan pihak Youtube sendiri, jumlah tontonan “How You Like That” telah mencatatkan angka 86.3 juta.
Rekod tersebut telah dipegang oleh kumpulan BTS sebelum ini dengan video muzik lagu “Boy With Luv”, dengan jumlah tontonan sebanyak 74.6 juta tontonan dalam masa 24 jam.
Video Muzik Terus Trending #1 Di Youtube
“How You Like That” juga menggalas gelaran, “Penonton paling ramai semasa tayangan perdana di Youtube” dan “Penonton paling ramai semasa tayangan perdana untuk video muzik di Youtube”.
Berdasarkan kenyataan Youtube, lagu BLACKPINK berjaya merekodkan 1.66 juta tontonan serentak. Sebelum ini, BTS memegang rekod tersebut untuk lagu “ON” dengan 1.54 juta tontonan.
Belum pun seminggu lagu BLACKPINK menemui semua orang, nampaknya mereka berterusan mencipta rekod baru. Bahkan, “How You Like That” masih lagi trending #1 di Youtube. Tahniah!
Sumber: Kimchi Daily