in

Lagu Bebas The Azenders Lagu OST Filem JIWA TAIKO

Pada 24 April yang lalu, Budiey sempat hadir di Pelancaran OST Filem Jiwa Taiko – BEBAS nyanyian The Azenders. Jiwa Taiko merupakan filem aksi kedua Pengarah Osman Ali selepas filem Anak Halal.

Dihoskan oleh Siti Chubby & bekas peserta Raja Lawak

Jiwa Taiko

Opening & Gimik dari Hos

Nama Osman Ali meletop-letop selepas berjaya mengutip kutipan paling tinggi untuk filem Ombak Rindu. Menurut Osman Ali, lagu Bebas dipilih kerana ia sangat sesuai dengan jalan cerita filem ini yang menceritakan tentang jiwa anak muda yang inginkan kebebasan.

Dalam pada itu, bercakap mengenai penglibatan The Azenders dalam menyumbangkan lagu tema untuk filem arahan Osman Ali itu, Sam berkata, mereka menghantar dua buah lagu kepada pengarah tersebut dan lagu Bebas telah menjadi pilihan.

Sam memberitahu, lagu tersebut sudah lama ada dalam simpanannya dan kebetulan konsep lagu itu dengan tema filem berkenaan sesuai sehingga dipilih sendiri oleh Osman.

“Saya sudah menulis lagu itu agak lama dan apabila ia dipilih kerana sesuai dengan tema ceritanya saya ada membuat sedikit perubahan supaya ia lebih kemas dari segi lirik dan susunan muzik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Sam berkata The Azenders sedang mengumpul beberapa material sebelum muncul dengan album penuh selewat-lewatnya pada hujung tahun ini.

Sebelum itu, mereka akan memberikan tumpuan kepada single Bebas untuk promosi dan persembahan pentas.

Video The Azenders membawa lagu Bebas

Tonton muzik video lagu BEBAS, dan mungkin anda akan tahu tentang tema cerita dalam filem ini.

Antara liriknya – Bebaskan aku dari kezaliman itu – jelas menunjukkan jiwa Firman lakonan Remy Ishak yang memberontak ingin dibebaskan daripada cengkaman Pinto lakonan Bront Palarae.

Pengambaran Jiwa Taiko mengambil masa selama 35 hari dan lokasinya di Kuala Lumpur dan Terengganu.

Selain mempersembahkan lagu Bebas, The Azenders juga turut menghiburkan dengan dua buah lagu.

Chances of Life Time – The Azenders

Untuk info pembaca budiey.com, filem Jiwa Taiko ini mengisahkan tentang pergaduhan dua sahabat iaitu Firman & Pinto yang dulunya sama-sama menjadi penjenayah tapi kini memilih haluan masing-masing dengan kehidupan mereka yang berbeza. Firman memilih dunia yang penuh nilai cinta dan kasih sayang sebaliknya Pinto menuntut janji Firman untuk terus hidup dan mati dalam dunia gansterisme. Pergolakan tercetus apabila Pinto menuntut janji bertukar menjadi dendam yang membara, seluruh persahabatan mereka retak di mana Pinto mengancam rakan-rakan Firman termasuklah sahabatnya Lara dan kekasihnya Trisya.

Demi mempertahankan nilai persahabatan, Firman & Pinto melamcarkan pertarungan hidup dan mati. Mampukah cinta, persahabatan, nafsu dan kejahatan ditampilkan dalam filem ini.

Filem lakonan Remy Ishak, Fizz Fairuz, Bront Palarae, Diana Danielle, Beto Khusyairi, Nadia & Soffi Jikan serta ramai lagi ini akan ditayangkan mulai 14 Jun di seluruh pawagam.

Pengarah filem Osman Ali tak kisah jika karya terbarunya daripada genre aksi iaitu Jiwa Taiko akan dibandingkan dengan filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof.

Osman berkata, sebagai pengarah dia tidak dapat mengelak untuk filem itu dibandingkan kerana banyak filem-filem aksi sebelum ini telah terlebih dahulu dihasilkan.

“Rasanya jika filem Jiwa Taiko ditayangkan dahulu daripada filem aksi lain, pasti ia tetap dibuat perbandingan dengan KL Gangster. Tapi saya harap perbandingan atau kritikan nanti biarlah yang positif dan membina,” ujarnya kepada mStar Online.

Osman ditemui ketika majlis pelancaran muzik video ‘Bebas’ nyanyian kumpulan The Azenders yang menjadi lagu tema filem tersebut.

Jiwa Taiko bakal ditayangkan pada 14 Jun depan dan membariskan nama-nama besar seperti Remy Ishak, Bront Palarae, Diana Danielle, Nadiya Nissa, Fizz Fairuz dan Beto Khusyairi.

Dalam pada itu, Osman berkata, pendekatan yang digunakan dalam filem tersebut sedikit berbeza dengan filem-filem aksi sedia ada menggabungkan banyak elemen dengan menitikberatkan jalan cerita.

Tambah Osman, ia juga akan memaparkan lebih banyak seni mempertahankan diri seperti silat dalam babak-babak aksi.

“Memasukkan elemen seni mempertahankan diri barangkali kelainan paling ketara dalam filem ini kerana kita tidak mahu babak pergaduhan menggunakan aksi yang sama seperti mana yang telah banyak dipaparkan dalam filem antarabangsa lain. Sekali gus ia dapat membudayakan seni silat sebagai contoh kepada penonton,” ujarnya.

Filem terbitan Nuansa Sdn Bhd itu menelan kos sebanyak RM1.8 juta termasuk promosi.

Osman berkata, dia tidak mahu meletak harapan terlalu tinggi dari segi kutipan seperti mana filem Ombak Rindu tetapi berharap Jiwa Taiko dapat mencecah sekurang-kurangnya RM4 juta apabila ditayangkan kepada umum kelak. Sementara itu, Osman menjelaskan dia sedar harapan masyarakat terhadapnya sangat tinggi selepas kejayaan filem cinta Ombak Rindu.

Mengakui sedikit tertekan, Osman bagaimanapun optimis karya terbarunya akan diterima penonton.

“Saya hasilkan Jiwa Taiko sebelum Ombak Rindu dan kejayaan filem itu di pawagam telah memberi satu tanggapan kepada peminat iaitu saya akan keluar dengan mutu filem yang setanding dengan filem tersebut.

“Bagaimanapun, saya yakin filem ini akan memenuhi cita rasa penonton sekali gus diterima dengan baik,” ujarnya. via Mstar Online

Jiwa Taiko

Pelakon baru juga menghiasi filem Jiwa Taiko

Jiwa Taiko

Jiwa Taiko

Jiwa Taiko

The Azenders turut hadir

Jiwa Taiko

Jiwa Taiko

Jiwa Taiko

Penerbit Filem Jiwa Taiko – Julian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Penyanyi Aishah Sertai Bersih 3.0

The YouTube Stars Youtube Music Festival