in

Lagenda Sukan Ragbi Ketuai Klinik Latihan Laureus

Dua legenda hebat sukan rabi, bekas kapten All Blacks, Sean Fitzpatrick dan pengurus pasukan Springboks yang menjuarai Ragbi Piala Dunia 1995, Morné du Plessis, mengambil bahagian dalam sesi kejurulatihan di Kuala Lumpur, Malaysia, menjelang malam Anugerah Dunia Sukan Laureus.

Peserta muda yang mendapat manfaat daripada sesi kejurulatihan daripada kedua-dua Ahli Akademi Dunia Sukan Laureus adalah mereka yang menganggotai Combined Old Boys Rugby Association (COBRA), yang ditubuhkan pada 1967 untuk menyediakan pentas bagi pemain ragbi di peringkat sekolah, meneruskan karier bermain ragbi. COBRA kini sudah melatih lebih 750 guru sekolah dan berusaha keras mempromosi permainan ragbi di seluruh Malaysia.

Diadakan hasil kerjasama di antara badan amal Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M), acara itu digunakan sebagai usaha mempromosi ragbi sebagai alat perubahan sosial. Ahli Akademi Laureus, Fitzpatrick dan du Plessis menyertai jurulatih-jurulatih COBRA dalam sesi kemahiran bersama-sama peserta muda. Objektif COBRA adalah untuk menggunakan sukan ragbi bagi menggalakkan integrasi nasional, menerap nilai-nilai positif, meningkatkan daya keyakinan diri, kebolehpasaran kerja dan pembangunan skuad kebangsaan Bawah 19 Tahun Malaysia.

Pada Klinik kejurulatihan itu, mereka disertai Ahli Akademi Dunia Sukan Laureus yang juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik acara gimnastik dari Russia, Alexey Nemov, dan rakan Ahli Akademi yang juga pemenang dua pingat emas dekathlon Daley Thompson yang turut bersama-sama melakukan ritual keraian Maori, haka, yang diketuai Sean Fitzpatrick, bagi menandakan tamatnya lawatan itu.

• Ahli Akademi Laureus Alexey Nemov tukar gimnastik kepada ‘haka’ untuk meraikan projek bermakna dalam lawatan ke Kuala Lumpur
• Yayasan Rakyat 1Malaysia bekerjasama dengan Laureus untuk mengadakan acara ragbi menjelang malam Anugerah Dunia Sukan Laureus
• Anugerah Dunia Sukan Laureus diadakan di Kuala Lumpur, 26 Mac ini
• Foto lawatan boleh didapati di www.laureusarchive.com

Lebih 100 remaja, dari usia 6 hingga 19 tahun, mengambil bahagian dalam klinik latihan itu. Mereka meraikan kedatangan pelawat itu dengan sambutan hangat sambil mengibarkan bendera Malaysia, New Zealand, Russia dan Afrika Selatan.

Sean Fitzpatrick, Naib Pengerusi Laureus Sport for Good Foundation, berkata:

“Saya tidak pasti sama ada Alexey boleh melakukan haka dengan betul, tetapi memang seronok dapat menyaksikan ramai para remaja yang cuba melakukannya. Ini adalah hari yang hebat dan satu contoh yang tepat bagi menggambarkan usaha Laureus yang sebenar. Ini adalah kali pertama Anugerah Dunia Sukan Laureus diadakan di Asia Tenggara, dan kesempatan terbaik untuk berkongsi saat ini dengan pemain muda yang berminat dari dunia sebelah sini, yang mungkin akan menjadi pemain dan jurulatih yang hebat di masa akan datang. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Rakyat 1Malaysia kerana berkongsi peluang ini bersama kami.”

Ung Su Ling, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Rakyat 1Malaysia, berkata:

“Ini adalah contoh terbaik bagaimana juara hebat boleh menjadi role model kepada pemain muda. Cukup menarik dapat menyaksikan bagaimana mereka memberi maklum balas terhadap latihan yang mereka terima dan bagaimana mereka berinteraksi dengan Ahli Akademi Laureus. Mereka pastinya akan pulang dengan inspirasi dan motivasi yang tinggi daripada sesi kejurulatihan ini. YR1M dan Laureus adalah organisasi yang menggunakan sukan untuk membantu dan menggalakkan golongan remaja dan cukup positif dapat bekerjasama dalam program seperti ini. Kami juga berharap akan dapat bekerja dengan lebih meluas dengan rakan-rakan seperti COBRA di masa akan datang.”

Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) adalah rakan Tanggungjawab Sosial Korporat dengan Anugerah Dunia Sukan Laureus dan bekerjasama rapat dengan Laureus Sport for Good Foundation untuk membantu golongan muda di Malaysia dengan menggunakan sukan sebagai medium. Pengerusi Akademi Dunia Sukan Laureus, Edwin Moses berkata: “Kami bukan berada di Malaysia semata-mata untuk Anugerah Laureus. Kami sudah bekerjasama dengan YR1M untuk melakukan apa saja bagi membantu golongan muda. Kami cukup gembira dapat bekerjasama dengan rakan yang bagus seperti YR1M dan berharap aktiviti yang dijalankan mampu membawa perubahan.”

Yayasan Rakyat 1Malaysia adalah yayasan amal yang ditubuhkan khusus untuk memberi faedah kepada rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, seiring dengan prinsip 1Malaysia. Aktiviti yayasan ini dirumus ke arah mendekati dan membantu rakyat Malaysia, terutama golongan kurang bernasib baik dan mereka yang memerlukan, serta cuba melengkapi mereka dengan sesuatu untuk mencapai kualiti kehidupan yang lebih baik. Setakat ini, yayasan ini memberi fokus terhadap tiga bidang – meningkatkan kualiti hidup, pendidikan dan sukan.

Anugerah Dunia Sukan Laureus ke-15, yang mengiktiraf pencapaian dalam bidang sukan sepanjang kalendar 2013, adalah majlis penghargaan perdana dalam kalendar sukan antarabangsa. Pemenangnya, yang akan dipilih oleh Akademi Dunia Sukan Laureus yang terdiri daripada sekumpulan unik 46 ahli sukan lelaki dan wanita terhebat dalam sejarah, akan diumumkan dalam satu majlis gilang gemilang yang disiarkan ke seluruh dunia, di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Hasil kutipan daripada Anugerah Dunia Sukan Laureus memberi manfaat secara langsung dan menyokong kerja-kerja Sukan Laureus untuk Yayasan Good yang menyokong lebih 140 projek komuniti sukan di seluruh dunia. Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014 akan diadakan di Kuala Lumpur pada 26 Mac. Sejak pengenalannya, Laureus sudah mengumpul lebih €60 juta untuk melaksanakan pelbagai projek demi membantu meningkatkan kehidupan berjuta-juta kanak-kanak dan remaja di seluruh dunia.

Yayasan Rakyat 1Malaysia adalah yayasan amal yang ditubuhkan khusus untuk memberi faedah kepada rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, seiring dengan prinsip 1Malaysia. Aktiviti yayasan ini dirumus ke arah mendekati dan membantu rakyat Malaysia, terutama golongan kurang bernasib baik dan mereka yang memerlukan, serta cuba melengkapi mereka dengan sesuatu untuk mencapai kualiti kehidupan yang lebih baik. Setakat ini, yayasan ini memberi fokus terhadap tiga bidang – Meningkatkan kualiti hidup, Pendidikan dan Sukan.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato’ Seri Mohamed Nazri berkata: “Kuala Lumpur amat berbesar hati diberi keistimewaan untuk menjadi tuan rumah majlis berprestij Anugerah Dunia Sukan Laureus 2014 dan bandaraya ini tidak sabar untuk menganjurkan acara terkenal di peringkat antarabangsa ini dan mengalu-alukan kehadiran ramai legenda sukan ke Malaysia. Ini adalah negara yang cintakan sukan dan saya memberi jaminan layanan dan hospitaliti mesra menanti setiap tetamu kami. Berserta beberapa acara bertaraf antarabangsa seperti Piala Monsun dan Grand Prix Formula Satu, kami sangat yakin bahawa Kuala Lumpur, Malaysia adalah tuan rumah yang sempurna untuk acara sukan yang begitu signifikan ini. Saya positif ini bakal menjadi acara yang akan dikenang oleh semua yang terlibat.”

Senarai penuh calon bagi Anugerah Tahunan Dunia Sukan Laureus 2014 adalah:

Atlet Lelaki Terbaik Tahunan Laureus
Usain Bolt (Jamaica) Olahraga; Mo Farah (UK) Olahraga; LeBron James (Amerika Syarikat) Bolakeranjang; Rafael Nadal (Sepanyol) Tenis; Cristiano Ronaldo (Portugal) Bolasepak; Sebastian Vettel (Jerman) Sukan Permotoran

Atlet Sukan Wanita Terbaik Tahunan Laureus
Nadine Angerer (Jerman) Bolasepak; Missy Franklin (Amerika Syarikat) Renang; Shelly-Ann Fraser-Pryce (Jamaica) Olahraga; Yelena Isinbayeva (Russia) Olahraga; Tina Maze (Slovenia) Ski; Serena Williams (Amerika Syarikat) Tenis

Pasukan Terbaik Tahunan Dunia Sukan Laureus
All Blacks (NZ) Ragbi; Bayern Munich (Jerman) Bolasepak; Pasukan Bolasepak Kebangsaan Brazil; Bob & Mike Bryan (Amerika Syarikat) Tenis; Miami Heat (Amerika Syarikat) Bolakeranjang; Red Bull (Austria) Sukan Permotoran

Pencapaian Terbaik Tahunan Dunia Sukan Laureus
Pasukan Kriket Afghanistan; Marc Márquez (Sepanyol) Motosikal; Raphael Holzdeppe (Jerman) Olahraga; Nairo Quintana (Colombia) Berbasikal; Justin Rose (UK) Golf;
Adam Scott (Australia) Golf

Kebangkitan Semula Terbaik Tahunan Laureus
Yelena Isinbayeva (Russia) Olahraga; Rafael Nadal (Sepanyol) Tenis; Oracle Team USA – Perahu Layar; Tony Parker (Perancis) Bolakeranjang; Ronaldinho (Brazil) Bolasepak; Tiger Woods (Amerika Syarikat) Golf

Atlet Sukan Kurang Upaya Terbaik Tahunan Laureus
Marie Bochet (Perancis) Ski; Marcel Hug (Switzerland) Lumba Berkerusi Roda; Tatyana McFadden (Amerika Syarikat) Lumba Berkerusi Roda; Sophie Pascoe (NZ) Renang; Sarah Louise Rung (Norway) Renang; Olga Sviderska (Ukraine) Renang

Aksi Terbaik Tahunan Dunia Sukan Laureus
Jamie Bestwick (UK) BMX; Bob Burnquist (Brazil) Papan Luncur; Mick Fanning (Australia) Luncur Air; John John Florence (Amerika Syarikat) Luncur Air; Maya Gabeira (Brazil) Luncur Air; Shaun White (Amerika Syarikat) Luncur Salji

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apps Nokia Windows Phone For Formula 1

Wardrobe Sharpens The Art Of Casual Dressing