in ,

KUZA, KUNI, WATIE ELITE DAN EDDY ASHRAFF DALAM SENJA BERDUKA SUBUH MENANGIS

CITRA KHAS AIDILFITRI : SENJA BERDUKA SUBUH MENANGIS (3 OKTOBER 2008) DI RTM2

Istimewa Hari Raya Ketiga Aidilfitri ini, penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) dijanjikan drama hebat Senja Berduka Subuh Menangis, 3 Oktober 2008 (Jumaat) yang mengisi slot Citra menerusi RTM2.

Senja Berduka Subuh Menangis terbitan Kirawang Sdn Bhd ini menyaksikan gabungan mantap pelakon dikenali ramai Wan Hanafi Wan Su, Fauziah Nawi, Kuza, Kuni, Watie Elite dan Eddy Ashraff membawakan kelainan dalam watak masing-masing. Pastinya ia mampu menyentuh perasaan penonton dengan plot cerita menyayat hati kisah anak-anak yang mengabaikan ibu bapa sendiri setelah mencapai kemewahan dalam hidup.

Senja Berduka Subuh Menangis mengajak penonton berkonsi kisah penderitaan dan kesunyian sepasang pasangan suami isteri, Hisham dan Latifah yang cacat penglihatan meniti kehidupan usia tua mereka setelah diabaikan oleh tiga orang anak perempuan mereka.

Satu-satunya anak yang menjadi teman penghibur duka mereka ialah anak lelaki bongsu yang terencat akal. Kedua-duanya berjuang meneruskan sisa kehidupan dan demi Amin, mereka mengadakan persembahan nyanyian di pasar-pasar malam serta menjual hasil kraftangan seperti yang telah dilakukan mereka selama ini untuk memberikan sebuah kehidupan yang selesa kepada anak-anaknya.

Syira, anak sulong mereka rasa  terhina dengan kehidupan bersama kedua-dua orang tuanya itu setelah bertemu jodoh dengan Rosman, seorang profesional elit. Situasi sama turut mempengaruhi Ina apabila dia mendapat tawaran untuk bekerja di bandar meskipun hasratnya dihalang keras Hisyam. Ina telah meninggalkan rumah dan memulakan kehidupan baru di Kuala Lumpur dengan sokongan dari kakaknya itu.

Salmah pula yang merajuk dengan keputusan bapanya yang menghalangnya dari berkahwin dengan kekasihnya telah melarikan diri dan berkahwin dengan jejaka pilihannya.

Hisyam dan Latifah berharap supaya anak-anak mereka pulang berhari raya dan memohon ampun atas ketelanjuran yang telah mereka lakukan. Setelah puas berharap dengan kedatangan syawal silih berganti, namun kepulangan yang dinanti tetap tidak kunjung tiba.

Akhirnya Hisyam dan Latifah berputus asa untuk dan menganggap saat itu tidak akan tiba. Keadaan kesihatan mereka hari demi hari semakin merosot, namun keperitan tersebut hanya disaksikan sahaja oleh Amin. Keadan bertambah teruk apabila pada suatu hari,Hisyam telah terpijak paku berkarat dan telah menjejaskan kesihatannya

Berbekalkan sedikit wang simpanan dan alamat dari surat terakhir yang dikirimkan oleh Syira,Amin nekad meredah kesucian bulan ramadhan untuk mencari kakak-kakaknya di bandar. Hisyam dan Latifah yang tidak mengetahui perkara tersebut bertambah terganggu emosi mereka apabila menyedari kehilangan Amin.

Berjayakah Amin menjejak kakak-kakaknya untuk kembali berkumpul bersama keluarganya?
Masih adakah ruang dan kesempatan buat Syira, Ina dan Salmah untuk mendapatkan pengampunan daripada kedua-dua orang tuanya?

Jangan lupa janji temu anda untuk menonton Senja Berduka Subuh Menangis, 3 Oktober 2008 (Jumaat) yang mengisi slot Citra menerusi RTM2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ucapan SMS Salam Aidilfitri daripada Fouziah Gous

TIGA PROGRAM HIBURAN TERBAIK SEMPENA HARI LEBARAN