Memetik Harian Metro, Almy berkata dia tidak peduli dengan kata-kata negatif netizen yang memperkatakan mengenai bentuk tubuhnya.
Bahkan, Almy meluahkan rasa syukur dikurniakan suami yang kelakar dan sering membahagiakannya serta anak-anak.
“Ketika tahun pertama selepas melahirkan anak sulung, saya sedih apabila orang mempersoalkan mengenai tubuh saya.
“Namun, saya gembira kerana dikurniakan suami yang gembira dan kelakar serta membahagiakan kami sekeluarga. Saya menjadi diri sendiri dan berpijak di bumi yang nyata. Saya tak kisah orang nak cakap saya apa pun. Jumpa di akhirat saja nanti,” katanya.
Menurut Almy lagi, dia tidak boleh mengubah dirinya untuk menjadi orang lain serta ingat akan pesanan suaminya supaya mengukur baju di badan sendiri.
“Kalau diikutkan dengan status, mungkin saya terlalu ‘simple’ tetapi saya mempunyai misi dan visi saya sendiri. Saya juga mempunyai kerjaya saya sendiri yang bermula seawal 4.30 pagi hingga 9 atau 10 malam. Kadang-kadang terlajak hingga 12 malam.
“Saya tidak boleh ubah diri untuk menjadi diri orang lain. Suami saya sering berpesan, ukur baju pada badan sendiri, jangan ukur baju pada badan orang lain dan pakai pada diri sendiri pula,” katanya.