Simfoni Alam, Tajuk “‘Kupu-Kupu Atau Rama-Ramaâ€, 17 Januari Ini di TV1
Simfoni Alam minggu ini, 17 Januari 2016, pukul 2.00 petang di TV1 akan bersiaran dengan episod ‘Kupu-Kupu atau Rama-Rama’. Episod ini menjalani penggambaran di Taman Kupu-Kupu Poring, Sabah di mana ia memfokuskan mengenai kitaran hidup serta anatomi pengenalan seekor serangga tercantik pernah direkodkan yang dikenali sebagai kupu-kupu (butterflies).
Spesies-spesies endemik dan terkawal umpamanya Rajah Brooke akan dimuatkan info serta maklumat mengenainya dalam program ini.
Program ini juga bertujuan untuk mengubah persepsi masyarakat tentang kesilapan panggilan nama kepada spesies ini. Mengikut para pengkaji, rama-rama sebenarnya adalah Moth manakala kupu-kupu adalah Butterflies. Masyarakat yang tidak pernah tahu mengenai panggilan ini sering menyebut nama yang salah.
Episod ini diterbitkan dalam format HD sepenuhnya di mana krew teknikal menggunakan kamera DSLR semasa penggambaran. Antara cabaran yang dihadapi semasa penggambaran episod ini adalah kesukaran dalam mendapatkan syot makro memandangkan Kupu-Kupu tergolong dalam kategori serangga.
Episod ini diterbikan oleh Mohd. Firdaus Hj. Shabbir Ahmad dan akan disiarkan dalam Simfoni Alam pada hari Ahad, 17 Januari 2016 pukul 2 petang di TV1.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.