[dropcap]C[/dropcap]uba anda bayangkan, macamana la agaknya fesyen atau penampilan kumpulan otai rock sehebat Wings ini bergaya di Konsert Wings Rockestra 2013 nanti. Ya, nak tak nak kenalah sesuai dengan lokasi yang berprestij, gah dan sehebat Istana Budaya. Memandangkan Istana Budaya merupakan sebuah lokasi idaman mereka, jadi kenalah ikut gaya yang memukau penonton. Bukan sahaja dari aspek muzik dan repoitaire lagu-lagunya, malah penampilan Wings juga dititik-beratkan.
[pullquote align=”right”]Konsert Wings Rockestra 2013 akan berlangsung pada 26, 27, 28 & 30 April 2013 di Istana Budaya. Dapatkan tiket anda sekarang![/pullquote]
Pastinya, gaya smart kasual ala rockestra menjadi pilihan utama bila muzik rock mereka digabungkan dengan para pemuzik orkestra. Kalau pakai baju T lusuh dan seluar jeans (imej rockers sejati?) memang tak sesuai la kan?
Untuk kena dengan muzik yang disampaikan nanti, Wings perlu bergaya mengikut kesesuaian. Haa barulah ada kelas! Suit yang macamana la agaknya ye sesuai untuk ke-empat-empat anggota Wings ini? Sama-sama kita tengok nanti. Budiey pun sebenarnya dah tak sabar nak layan muzik diorang dan nak tengok penampilan semua anggota grup Wings.
Pada 4 April yang lalu, Wings telah menerima kunjungan dua orang pereka fesyen iaitu Azli Izvan & Ervan Azmi untuk sesi ukur baju suit di Studio Wings. Wah! Beruntung betul sebab ada pereka fesyen yang sudi menaja pakaian untuk Wings dan juga pemuzik jemputan iaitu Hillary Ang dan Ian Antono
Pastinya, pihak Wings sangat berterima kasih dan terhutang budiey kepada pereka dari Tailors – Ervanizvan Design & Services yang terletak di No. 29-G, Jalan Tukul P15/P, Seksyen 15, Shah Alam kerana sudi menaja pakaian untuk mereka. Kalau tak silap Budiey, Ervan Azmi & Azli Izvan ini juga pernah menaja untuk artis yang buat persembahan di Konsert 5 Lagenda baru-baru ini.
[pullquote]Bukan sahaja dari aspek muzik dan repoitaire lagu-lagunya, malah penampilan Wings juga dititik-beratkan.[/pullquote]
Wings akan melaram dengan suit lengkap berwarna kelabu, hitam dan coklat. Budiey dikhabarkan, Wings akan bertukar baju sebanyak 2 kali. Barulah ada feel mood orkestra!
Wings rasa sangat bertuah kerana ada pereka fesyen yang mahu menaja pakaian untuk semua anggota Wings yang akan buat persembahan di Konsert Wings Rockestra 2013 ini. Barulah rockestra, kan?
Nak tengok gaya smart kasual rockestra Awie, Joe, Eddie & Black, korang kena beli tiket untuk menonton Konsert Wings Rockestra 2013 yang akan diadakan pada 26, 27, 28 & 30 April 2013 di Istana Budaya.
Dapatkan tiket anda sebelum kehabisan. Tiket masih lagi ada. Untuk info pasal tiket, sila klik www.ticket2U.biz atau hubungi: 03-4026 5558.
Konsert ini menggunakan tenaga dan kepakaran 43 orang pemuzik Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Mustafa Fuzer. Dengan melebihkan string seperti violon, cello dan double bass, penonton akan menikmati feel muzik yang lebih ‘umphhh’ bila rock dan orkestra bergabung.
80 peratus lagu yang akan dipersembahkan adalah yang jarang malah ada yang tidak pernah mereka mainkan seperti Harapan, Aku Pun Tahu, Dalam Kehadiran Sofiah dan Amok.
TONTON VIDEO: Persembahan Wings – Sayap Ilusi di PC #WingsRockestra2013
Jom tengok gambar-gambar kenangan semasa sesi ukur baju ni