Kumpulan Venus ditubuhkan pada pertengahan tahun 2019. Ia dianggotai oleh Puteri sebagai vokalis, Ayoy sebagai pemain bass, Lan sebagai pemain gitar utama, Adi sebagai pemain gitar ke 2 dan keyboardist serta Hafis sebagai pemain dram.
Menurut Adi selaku penerbit bersama dengan Joe Slash , “Maafkan Aku” merupakan sebuah lagu kesinambungan dari “Sakitnya Hati” .
Tidak hanya itu, single ini boleh diterjemahkan sebagai 100 peratus berkait ruang lingkup kehidupan personal dan karier seninya. Lagu ini dicipta oleh Joe Slash manakala liriknya di tulis bersama Natasyah, Hafiz Dot, Yoya, Puteri, Mazlan Stapa.
Menurut Adi lagi, cabaran mereka di usia yang sekitar 30an tahun manakala Puteri selaku ahli yang paling muda iaitu 21 tahun, mempertaruhkan puteri sebagai vokalis mereka,Venus berharap mereka lebih dekat dengan generasi baru ujar Adi yang juga merupakan vokalis utama 6ixthsense, Mereka berharap pergorbanan mereka dapat memberi impak yang positif serta diterima oleh pendengar muzik tanah air.
Kami memilih lagu ini sebagai Single ke dua Venus kerana ia relevan dengan arus industri muzik di negara kita buat masa sekarang,” jelas Adi lagi.
“Kelainan single ini jika dibandingkan dengan lagu-lagu masa kini ialah keindahan melodi dan digarap liriknya yang matang.
Tidak hanya itu, saya turut menekankan aspek vokal secara total. Begitupun, kalau didengari semula, susunan muzik untuk lagu ini lebih moden,” kata Adi
Menyambung bicara, pembikinan dan proses di belakang tabir untuk single ini memakan masa selama 3 bulan sebelum ia siap sepenuhnya.
Selain itu Adi dan rakan-rakan Venus yang merupakan pemuzik sepenuh masa manakla puteri merupakan penuntut Uitm.
Proses agak lama kerana faktor covid juga memberi kesan untuk mengeluarkan single ke 2 ini, setelah 2 tahun pendemik melanda.
“Harapan kami agar single ini bakal meraih tumpuan peminat sekali gus dapat memberi sokongan terhadap sumbangan kecil hasil seni saya bersama komposer yang terlibat.
Tidak ketinggalan, saya sentiasa berambisi tinggi untuk terus menghadirkan lagu-lagu berkonsep unik dan moden bagi lebih mewarnai kanvas bidang hiburan tempatan.” Juga dalam tempoh pendemik yang memberi kesan yang kuat kepada pemuzik dan artis tanah air.