Kempen Championing Children adalah satu inisiatif dari Kumpulan Star Radio bagi meningkatkan kesedaran terhadap penderaan kanak-kanak dan memberi peluang kepada masyarakat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penderaan kanak-kanak.
Kempen yang berlangsung di laman web stesen radio Red FM, 988, Suria FM dan Capital FM ini disampaikan dalam tiga bahasa. Para pendengar boleh mendapatkan maklumat mengenai pelbagai jenis penderaan, tanda-tanda penderaan dan talian bantuan menerusi laman web tersebut.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Star Radio, Kudsia Kahar, “Kempen Championing Children ini adalah satu usaha untuk mendidik masyarakat umum terhadap penderaan kanak-kanak dan kepentingannya untuk memastikan keselamatan anak-anak kitaâ€.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Championing Children, layari www.red.fm, www.suriafm.com.my, www.capitalfm.com.my dan www.988.com.my.