in ,

Kumpulan Produk UNZA Lancar Safi Balqis Perfect 10

SAFI BALQIS: PERFECT 10
10 manfaat kecantikan untuk kulit cerah sempurna, sekata dan memukau

Pada jam 2 petang tadi, Budiey telah menghadiri Majlis Pelancaran Produk SAFI BALQIS: PERFECT 10 di Restoran Ishq, Crowne Plaza Hotel, Kuala Lumpur. Di sidang media yang dianjurkan oleh Kumpulan Produk UNZA itu juga telah mengumumkan duta terbaru produk Safi Balqis iaitu Shila Amzah. Tahniah Shila!

Kulit yang cerah dan sekata adalah umpama kanvas putih yang menjadi lambang keperibadian dan keyakinan setiap wanita. Justeru itu penjagaan wajah dengan pengunaan produk serta rejim kecantikan yang betul adalah kunci kepada tona kulit yang lebih cerah dan sekata.

Shila Amzah

Apakah rumusan atau formulasi yang harus diambil oleh para wanita dalam memastikan kulit tidak kusam dan sekata tanpa merosakkan strukturnya? Apakah antara produk yang harus digunakan untuk memperolehinya?

Memahami kehendak wanita kini, SAFI BALQIS hadir dengan formulasi Perfect 10 dengan 10 manfaat untuk kulit halus, mulus dan cerah sempurna dalam masa 2 minggu! Dirumus dengan teknologi Nano yang mampu mencerah dan menganjalkan kulit, ianya 1000 kali lebih kecil dari partikel mikro untuk serapan yang lebih cepat dan efektif.

Formulasi Nano Biowhite melambatkan proses pigmentasi,mengurangkan kerosakan sel serta mempertingkatkan kelembapan kulit, lantas menjadikan kulit cerah dan bermaya. Rumusan Nano Q10 mampu melawan radikal bebas yang menyebabkan kulit tak bermaya dan bertindak sebagai antioksidan yang menyegarkan kulit dengan mempertingkatkan metabolisma sel sekaligus menjadikan ia lebih elastik, tegang dan sihat.

“SAFI BALQIS – Perfect 1O menampilkan reka bentuk serta fomulasi baru hasil kajian dan kesungguhan kami untuk terus selari dengan kehendak semasa para pengguna. Rangkaian produk SAFI BALQIS mendapat status Halal dari JAKIM dan amat bersesuaian untuk semua wanita muslim yang inginkan kulit lebih cerah dan bermaya tanpa perlu mengkompromikan nilai-nilai agama mereka” jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Kumpulan Produk UNZA (M) Sdn Bhd.

Kemunculan SAFI BALQIS – PERFECT 10 dilengkapkan dengan kehadiran “wajah” baru mereka, penyanyi muda berbakat besar Shila Amzah. Karisma, keazaman dan dedikasi beliau di dalam bidang seni adalah faktor utama mengapa beliau dilantik menjadi duta SAFI BALQIS – PERFECT 10.

Kualiti yang dimiliki oleh Shila menjadi inspirasi kepada para gadis untuk memiliki bukan sahaja kulit yang cerah dan bermaya tetapi turut menjadi indvidu yang mempunyai keperibadian diri yang tinggi. Sejajar dengan pelancaran SAFI BALQIS PERFECT 10 – Jangan lepaskan peluang beramah mesra bersama Shila serta menyertai pelbagai aktiviti menarik yang telah dirangka untuk para pengguna setia SAFI BALQIS di lokasi promosi SAFI BALQIS PERFECT 10.

10 Manfaat Produk SAFI BALQIS PERFECT 10:

  1. Memudarkan pigmentasi
  2. Menyamaratakan tona kulit
  3. Melindungi dari sinar UV
  4. Mencerahkan kulit
  5. Melindungi dari radikal bebas
  6. Meningkatkan keelastikan kulit
  7. Menghidratkan kulit
  8. Mengekalkan lembapan
  9. Menghaluskan kulit
  10. Melembutkan kulit

Shila Amzah

10 rangkaian produk SAFI BALQIS PERFECT 10:
1) Pembersih Muka SAFI BALQIS Perfect 10
(50 g – RM6.50 / 100 g – RM10.90)
Kulit yang kusam serta tona yang tidak sekata membuat wajah kelihatan tidak bermaya. Pembersih Muka SAFI BALQIS Perfect 10 mencerah sambil membersih dengan lembut tanpa menghakis lembapan semula jadi kulit.

2) Pembersih Muka Kawalan Minyak SAFI BALQIS Perfect 10
(50 g – RM6.50 / 100 g – RM10.90)
Kulit berminyak mudah dijangkiti bakteria dan kotoran. Pembersih Wajah Kawalan Minyak SAFI BALQIS Perfect 10 membantu mencegah bakteria punca wajah mudah berjerawat serta mencerah dan menyamaratakan tona kulit.

3) Skrub Aprikot SAFI BALQIS Perfect 10 (100 g – RM11.40)
Sel kulit mati dan kotoran akan menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya. Kini Skrub Aprikot SAFI BALQIS Perfect 10 membantu menanggalkan sel kulit mati dan kotoran di samping mencerahkan kulit.

4) Penyegar SAFI BALQIS Perfect 10 (100 ml – RM8.20)
Gunakan penyegar sebagai persediaan untuk kulit wajah menerima rawatan seterusnya. Penyegar SAFI BALQIS Perfect 10 tanpa alkohol dan tidak melekit mencerah sambil mengetatkan pori pada wajah.

5) Serum SAFI BALQIS Perfect 10 (20 ml – RM25.90)
Penggunaan serum penting kerana molekulnya mampu meresap lebih jauh ke dalam sel kulit dengan pantas. Serum SAFI BALQIS Perfect 10 bertindak lebih efektif untuk mencerahkan kulit. Belailah kulit anda dengan penjagaan yang intensif.

6) Krim Pelembap Siang SPF 15 SAFI BALQIS Perfect 10 (45 g – RM18.50)
Setiap hari kulit kita terdedah kepada sinaran UV yang menjadi punca kulit gelap. Kini Krim Pelembap Siang SPF 15 SAFI BALQIS Perfect 10 mengandungi perlindungan UV ekstra, bertindak melindungi kulit dengan lebih efektif.

7) Krim Pelembap Malam SAFI BALQIS Perfect 10 (45 g – RM18.50)
Waktu malam kulit kita paling reseptif untuk memperbaiki kerosakan yang dialami pada waktu siang. Kini Krim Pelembap Malam SAFI BALQIS Perfect 10 membantu proses pencerahan sel-sel kulit dengan lebih intensif.

8) Krim Kontur Mata SAFI BALQIS Perfect 10 (15 g – RM12.90)
Struktur kulit di sekitar mata amat halus dan sensitif serta mudah terjejas akibat sinar UV. Kini Krim Kontur Mata SAFI BALQIS Perfect 10 mengurangkan lingkaran gelap dengan formula ringan dan cepat meresap tanpa menyebabkan pembentukan bintik minyak di bawah mata.

9) Krim Kecantikan SAFI BALQIS Perfect 10 (16 g – RM7.90)
Tona kulit yang tidak sekata menjejaskan penampilan. Krim Kecantikan SAFI BALQIS Perfect 10 mencerah sambil bertindak sebagai asas solekan di samping menutup noda dan cela dengan sempurna.

Nantikan kemunculan produk ke – 10 Safi Balqis Perfect 10! Rangkaian produk SAFI BALQIS Perfect 10 ini boleh didapati di semua pasaraya, hipermarket, farmasi serta kedai-kedai berdekatan anda!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

In Memory of The Highland Towers Disaster

Shila Amzah Dilantik Duta Produk Terbaru Safi Balqis Perfect 10