Memilih syarikat rakaman untuk mengetengahkan karya mereka, Phang5 kini bernaung di bawah pengurusan Rusa Music. Membawa genre pop, single Marah Marah ini merupakan pertaruhan pertama mereka untuk dikenali dan mengembangkan bakat mereka dalam pasaran muzik industri tempatan.
Gandingan mereka berlima ini sememangnya membuahkan hasil apabila terdahulu mereka lebih dikenali sebagai kumpulan yang menyanyikan lagu cover yang hits dari artis tempatan .
Single Marah Marah, menceritakan tentang pasangan yang ingin mengambil hati si buah hatinya kembali, dan menjadikan ia sebagai satu percaturan menarik untuk mereka kerana perlu melakonkan lirik ni melalui jalan cerita dalam muzik video mereka yang bakal dilancarkan pada awal Ogos 2022.
Single Marah Marah ini boleh didengarkan mulai 22 Julai 2022, di semua pelantar digital muzik dan Muzik Video di YouTube Rusa Music pada 1 Ogos 2022.
Seperti mana single sebelum ini, diharap karya Marah Marah ini akan mendapat sokongan semua pihak media & radio tempatan.
Segala info terkini boleh diketahui melalui laman instagram @phang5band , @rusamusic untuk mengetahui perkembangan lanjut bagi single Marah Marah.