Kumpulan K-Pop popular 2AM telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi (Khamis) disambut oleh sekumpulan peminat yang setia menunggu di KLIA sejak tengahari.
2AM diundang sebagai tetamu khas Party of the Century. 2AM sebelum ini sudah beberapa kali berkunjung ke Kuala Lumpur bagi mengadakan konsert juga memenuhi undangan beberapa acara hiburan.
Selain Paris Hilton dan 2AM, acara tertutup itu juga bakal dihadiri tetamu kenamaan (VIP) dari seluruh dunia termasuk persembahan istimewa daripada Paris dan 2AM serta beberapa artis antarabangsa lain seperti Taboo (Black Eye Peas), DJ Ken dan pemuzik kelahiran Australia, Mark Vincent.
Party of the Century bakal berlangsung pada hari ini (23 Januari), sempena perasmian pusat komersial, Empire City di Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.
Bertemakan malam penuh Glamour Era 1920-an, kunjungan Paris juga bertujuan meraikan Empayar City sebagai sebuah lokasi hiburan dan gaya hidup yang akan menjadi tumpuan ramai mengikut cita rasa tinggi untuk bersantai dan berhibur.