in , ,

Kumpulan Hiphop FORCEPARKBOIS Kini Muncul Dengan SHEESSH FLOW

Setelah menggegarkan industri seni pada tahun ini dengan kehadiran single yang berjudul ‘Lotus’, kumpulan hiphop yang dikenali sebagai FORCEPARKBOIS (FPB) yang dianggotai oleh 11 anggota iaitu Chik (chikpap), Nakalness (nakalness), Noel (actualnoel), Blxckid (yungfriyay), Aset.bo (asset.bo), Han Panas (han.panas), Pab (shaf_pablo), Laws (laws.prayboi), Aali.3gp (aali.3gp) and N$H ( fpbnishy) dan Fuegone (Fuegone) kini hadir pula dengan single terbaru mereka yang berjudul ‘SHEESSH FLOW’.

‘SHEESSH FLOW’ adalah sebuah single mengenai satu perkataan yang viral di media sosial iaitu “Sheessh” dan juga trending di Tiktok dan Instagram. Mengilhamkan perkataan “Sheessh” itu sendiri untuk single terbaru mereka ini, FPB terinspirasi dengan hasil perkataan itu dan akhirnya terjadilah‘SHEESSH FLOW’

FORCEPARKBOIS

“’SHEESSH FLOW’ tu bermaksud sama seperti flexing tapi bukan flexing duit atau yang sewaktu dengannya, tetapi hanya untuk fesyen dan jenama pakaian yang semua orang Malaysia pakai. Bait-bait lirik pun banyak ayat untuk flex apa yang kami ada pada zaman sekarang,”

– FORCEPARKBOIS

FPB juga dapat merasakan ianya adalah sebahagian daripada gaya hidup dan budaya masa kini, lalu FPB memutuskan untuk mencipta dan merakamkan single yang berkait dengan perkataan itu. FPB juga merakamkan single ini dengan gaya mereka yang tersendiri.

Single ini terhasil apabila seorang dari rakan kami datang ke studio dengan memakai kasut baru, jadi kami pun memberi reaksi dengan perkataan ‘sheessh’ sebagai tanda bersorak dan bergurau. Lalu kami pun ambil keputusan utk menghasilkan lagu yang berjudul ‘sheessh’ kerana kejadian itu”

– FORCEPARKBOIS

Single ini juga disiapkan dalam masa satu bulan.

Dan seluruh anggota FPB berharap agar lagu ini dapat menggegarkan industri seni tanah air dan industri seni antarabangsa seperti yang terjadi kepada lagu ‘Lotus’. Mereka juga menyeru agar pengguna media sosial TikTok untuk menggunakan‘SHEESSH FLOW’ sebagai bunyi di media sosial para pengguna.

Bagi video muzik ‘SHEESSH FLOW’ pula, ia merupakan arahan Gifix Film dan menunjukkan sisi kehidupan zaman kini.

SHEESSH FLOW COVER ART 1

Video muzik ini juga dirakamkan di dalam kedai mereka sendiri bernama The After Market yang menjual barangan untuk anak muda yang sesuai dengan peringkat umur para pendengar FPB. Penggambaran bagi video muzik ini juga hanya mengambil masa selama satu hari.

Lagu ‘SHEESSH FLOW’ terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar penstriman digital seperti Apple Music, Spotify, Joox, KKBox, dan Deezer bermula 15 OKTOBER 2021 manakala video muzik rasmi ‘SHEESSH FLOW’ boleh ditonton di saluran YouTube FORCEPARKBOIS WORLWIDE bermula 15 OKTOBER 2021 jam 9.00 malam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Galaxy Z Flip3 5G kini Ditawarkan Melalui Pelan Postpaid Digi, Maxis, Celcom & U Mobile

Daniesh Suffian Lancar Single Terbaharu Berjudul SERPIHAN Berkonsepkan Pop Balada