Berita baik buat peminat kumpulan BTS berketurunan Muslim Arab apabila kumpulan ini mengesahkan akan membuat konsert jelajahnya di Arab Saudi.
Budiey petik dari portal Kmania, kumpulan ini telah membuat pengumuman menerusi Facebook dan Twitter rasmi mereka minggu lalu. Konsert yang akan diadakan pada 11 Oktober 2019 nanti akan diadakan di Stadium Antarabangsa King Fadh di Riyadh, Arab Saudi.
Terdahulu, kumpulan kpop seperti Super Junior juga pernah mengadakan konsert sulung mereka di sana, walaupun terikat dengan syarat dan undang-undang oleh pihak penganjur.
Tambah lagi, kumpulan BTS sebelum ini pernah dipuji atas respon positif mereka terhadap Armys (panggilan untuk peminat BTS) yang memakai tudung, serta pernah merancang untuk mengadakan konsert jelajah mereka diseluruh tanah Arab buat pertama kali, menerusi satu temubual yang diadakan kira-kira empat tahun lalu.