Pengisian ini merangkumi program ilimiah, program berbentuk hiburan, shorties juga peraduan yang boleh didengarkan di frekuensi Suria FM juga boleh disaksikan menerusi platform digital Suria, antaranya laman web suria.my, saluran youtube SuriaTV serta media sosial Suria Malaysia (Instagram, Facebook dan Twitter).
“Seperti yang semua tahu, pahala amalan akan berganda pada bulan Ramadan. Dengan konsep begitu, Suria FM akan mengetengahkan tema #KumpulPahala dalam usaha menyeru orang ramai untuk sama-sama melipat gandakan amalan mengumpul pahala pada bulan yang mulia ini,”
“Suria FM begitu menitik beratkan variasi pengisian Ramadan kali ini agar dapat memberi manfaat dan pada masa yang sama memberikan hiburan kepada pendengar dan penonton Suria menerusi semua platform Suria yang sedia ada, sama ada secara ke udara ataupun melalui platform digital,”
– Pengurus Besar Suria FM, Cik Roslinda Abd Majid (DJ Lin).
Antara pengisian Kumpul Pahala adalah:-
Tadabbur Suria bersama Quran Humaira
Tarikh: 4 April – 29 April 2022
Episod: 11 Episod
Rahmat seribu bulan, indahkan bersama Quran Humaira. sedekad menemani anda.
Bersama Ustaz Don Daniyal dalam menafsir, memahami maksud ayat dan mendalami isyarat-isyarat daripada ayat-ayat al-Quran sepanjang Ramadan ini.
30 Hari Mencari Cinta Ilahi
Tarikh: 4 April – 3 May 2022
Episod: 30 Episod
Dengarkan perkongsian Ustazah Datuk Dr Nurhafizah mengenai topik-topik berkenaan mencari cinta Allah SWT di dalam bulan Ramadan.
Kotak Infaq Ramadan
Beli ‘Kotak Pahala’ yang tersenarai di Kedai Suria dan sertai program infak Suria kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpilih. Kotak Pahala mempunyai barangan seperti sejadah, pelitup muka, kurma, hand sanitizer dan tasbih.
Setelah sebulan fokus mengumpul pahala, raikan bersama ahli keluarga kegembiraan Raya ini dengan pengisian menarik dan terbaharu seperti drama raya dan muzik video Raya terbitan Suria Malaysia.
Muat turun aplikasi terbaru Suria Malaysia dan ikuti platform media sosial Suria Malaysia
untuk mendapatkan info terkini mengenai program menarik dan menghiburkan sepanjang
Ramadan dan Raya ini. Gunakan #KumpulPahala #RaikanBersama untuk sebarang interaksi di laman sosial.