Masdo menerima jumlah penstriman 60.3 juta menewaskan penyanyi nombor satu negara itu yang mendapat 54.2 penstriman sepanjang tahun.
Masing-masing berjaya merekodkan 6.3 juta pendengar dengan Siti Nurhaliza merentasi 173 negara menerusi ratusan lagu yang malar segar.
Penyanyi Jerat Percintaan itu sebelum ini kekal jaya dengan rekod jumlah penstriman paling tinggi bagi tahun 2017, 2018, 2020, 2021 dan 2022.
Sementara itu, kedudukan ketiga dirangkul Luqman Podolski, keempat Sufian Suhaimi dan Insomniacks di tempat kelima.
Secara global, Masdo berjaya menempatkan diri dalam carta 30 artis menerima jumlah penstriman tertinggi manakala Siti Nurhaliza menduduki tempat ke-50.