Kecacatan kekal, hilang jari kelingking akibat kecuaian sendiri semasa memotong ayam membuatkan pelakon senior Shahronizam Noor hidup dalam trauma, selain bimbang insiden sama berulang kembali.
Shahronizam berkata, dia kini lebih berhati-hati dalam melakukan apa jua kerja rumah yang melibatkan objek tajam.
Ditanya adakah pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam itu merancang untuk mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU), dia mengangguk, namun dalam masa sama belum berkesempatan berbuat demikian.
Shahronizam berkata demikian semasa hadir di malam gala filem Waruga: Kutukan Ilmu Hitam,
Terdahalu, sekitar April tahun lalu, suami kepada penyanyi Safura Yaacob itu kehilangan jari kelingking tangan kiri selepas pisau pemotong daging digunakan untuk memotong ayam tersasar.
Dalam perkembangan lain, filem terbaharu Shahronizam, Waruga: Kutukan Ilmu Hitam bersama Zahiril Adzim, Datin Elvina Mohamad dan Eriza Aliya akan menemui penonton di pawagam bermula 15 Februari ini.