in

Kuala Lumpur International Hijab Fair (KLIHF) 2015

Kuala Lumpur International Hijab Fair (KLIHF) 2015 telah berlangsung di Dewan Tun Razak 3, PWTC pada 31 Mei 2015. Sewaktu dua hari pertama berlangsungnya Kuala Lumpur International Hijab Fair (KLIHF) 2015, jumlah kunjungan tetamu lebih 100,000.

Mereka antara lain membeli belah di lebih 50 booth disediakan dalam dan luar negara (seperti Australia, India, Brunei dan Indonesia. Antara barangan yang dijual daripada tudung ke baju kurung, baju melayu, aksesori, majalah, produk kecantikan hingga ke pusat pungutan zakat. Ini tidak termasuk mereka yang datang mahu menonton program seperti Meet & Greet with Fashion Icon, Pertunjukan Fashion oleh Woj, Program Solat Berjemaah dan Tazkirah Maghrib dan Hijrah Selebriti dan banyak lagi.

DS Rohani dan Mona Din (berjubah hitam)

Setelah tiga hari berlangsungnya KLIHF, dua wanita berpengaruh Malaysia hadir tetapi pada hari berbeza. Di hari pertama, Dato’ Sri Rohani Abdul Kadir hadir merasmikan KLIHF. Walau tiba lewat daripada jadual, kedatangan beliau di sambut dengan lautan pengunjung.

Beliau sewaktu berucap memuji usaha yang dilakukan oleh empat wanita yang menganjurkan KLIHF, Mona Din daripada jenama Hajaba, Farrah Adeeba daripada Najjah dan Abjda Datuk Zulkifli dan Sukinah Datuk Zulkifli daripada NainiKifli. Mereka berempat dianggap berani dan kreatif mengusahakan program perdagangan fesyen Islamik dan menjadikannya yang pertama dan terbesar di Malaysia.

Mengetahui yang KLIHF akan diadakan di London pada tahun hadapan, Dato’ Sri menyokong dan menyarankan agar KLIHF akan terus membawa program ini sehingga ke New York dan Paris.

Selain itu, di hari ketiga, Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil juga berada di KLIHF bukan atas urusan melancarkan program atau majlis tetapi menonton Pertunjukan Fesyen oleh WOJ. Dato’ Sri tiba jauh lebih awal daripada jadual dan sempat mengunjungi booth jualan termasuk Pasarnita.

Sewaktu sesi temubual singkat bersama media di luar dewan pertunjukan, Dato’ Sri Shahrizat memuji penganjuran KLIHF dan secara peribadi mengatakan KLIHF adalah platform terbaik setakat ini, bukan hanya daripada segi pemasaran, perniagaan dan fesyen tetapi juga dakwah malah dianjurkan dengan sangat berhemah.

Beliau nyata terkejut kerana beratus ribu pengunjung datang sehingga kawasan pameran perdagangan ini menjadi padat selain bangga kerana terdapat ramai peniaga dan pengunjung terdiri daripada wanita muda.

Sebelum beredar, Dato’ Sri Shahrizat memuji KLIHF sebagai sebuah program cukup lengkap dengan fesyen, keusahawanan, booth jualan dan forum. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada penganjur dan mereka yang terlibat dan mengatakan, pencapaian KLIHF adalah sesuatu yang luar biasa!

Dato' Sri Rohani is giving a speech

DS Shahrizat bersama pereka fesyen

KLIHF2015_Programs_Schedule

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rahsia TRAVELLING BERUANG Bawa Ungku Ismail Aziz Melancong

TV9 Siar Drama Korea Terbaru LOVERS OF MUSIC