in ,

Kuala Lumpur Fashion Week Ready-To-Wear 2014

Ianya kembali lagi. Semuanya untuk fashionista melihat apa yang trending, apa yang hot dan apa yang ‘in’ untuk tika ini. Kuala Lumpur Fashion Week Ready-To-Wear kembali untuk tahun kedua dengan tema  THE RUNWAY COLLECTION. Lebih grand, lebih mantap dan lebih besar penganjurannya. Budiey juga dapat beberapa jemputan untuk ke pertunjukan fesyen yang dinantikan ini.

Khabarnya, lebih 70 orang pereka tempatan akan mementaskan koleksi dan struktrur potongan fesyen terbaru mereka.

fesyen

Kuala Lumpur Fashion Week Ready-To-Wear berlangsung bermula 18 hingga 22 Jun 2014 di Pavilion, Kuala Lumpur. Selama lima hari, pertunjukan fesyen ini akan mengetengahkan 70 pereka tempatan yang dikatakan akan lahir dengan ciptaan terbaru mereka yang cukup eksklusif. Antara pereka yang terlibat, Kaer Kazami (Quhyi), Farah Khan, Khoon Hooi, Tom Abang Saufi by Iman, Carven Ong, Syaiful Baharim, Sazzy Falak, Jonathan Liang, Silas Liew, Jovian Mandagie, Alia Bastamam, PU3, Zakwan Anuar, Kavita Kaur, Syomir Izwa, Innai Red dan Joe Chia.

Menurut kata pengasas KLFW Ready To Wear, Andrew Tan:

“Tahun ini, kami sebagai penganjur mahu mencabar pereka fesyen Malaysia agar melepasi batas sempadan dan persepsi biasa dunia rekaan RTW dengan ilham dan idea yang mantap, sempurna dan jitu serta hebat.”

Budiey pun rasa tak sabar untuk menjadi antara pemerhati fesyen di fashion show ini. Setakat ini, beberapa orang pereka fesyen sudah melayangkan jemputan kepada Budiey. Antaranya, Budiey dah dapat jemputan daripada Quhyi By Kaer Kazami, Alia Bastaman, Jovian Mandagie, Amir Loqman dan Syomir Izwa. Terima kasih semua atas jemputan korang.

Pada tahun 2014 ini, Budiey lihat ada beberapa pembaharuan dari segi jemputan di mana semua peserta dan jemputan dimestikan mendaftar secara online dengan menggunakan kod yang dihantar melalui emel dari penganjur. Ini bagi memastikan atur acara tersusun elok dan perjalanan acara ini lebih lancar.

Matlamat sebenar KLFW adalah untuk mengembangkan lagi industri fesyen tempatan. Ini sekaligus menyediakan platform yang dapat memberikan penghormatan kepada item fesyen dan retail tempatan.

Jadi apa bezanya fashion show KLFW ni dengan fashion show yang lain? Ya, dari nilai eksport ia dapat memberikan satu input yang baik untuk pasaran kerana fesyen ini ramai yang akan pakai sebab ianya cukup santai dan kasual. Ianya dari Malaysia untuk dikembangkan ke peringkat dunia. Selain itu, ia juga dapat beri inspirasi kepada pereka baru dan menyemai budaya konsumer yang begitu gemar membeli fesyen tempatan.

Untuk info, KLFW didukung oleh Tourism Malaysia dan anda boleh melayari laman sesawang rasmi: www.klfashionweek.com atau boleh LIKE www.facebook/KLfashionweek atau di @KLFashionWeek (Twitter) dan Instagram.

Jadual Lengkap Kuala Lumpur Fashion Week Ready-To-Wear 2014

KLFW-SHOW-SCHEDULE

fesyen

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem Animasi RIBBIT Terbitan KRU Studios

Samsung & Marvel Entertainment Announce Global Brand Partnership