Korean EXTREME Dance Comedy yang Menjadi Sanjungan Bakal Membuat Persembahan Secara Langsung di Malaysia
Bulan Mei ini, warga Malaysia berpeluang menyaksikan pertunjukan yang dapat meledakkan tawa mereka dengan kehadiran komedi tarian Korea yang begitu disanjung tinggi, Break Out – Extreme Dance Comedy, dalam persembahan pertama kalinya di negara ini.
Dianjurkan oleh Korea Tourism Organization (KTO) dengan tajaan LG Electronics (M) Sdn. Bhd., pertunjukan B-boy bakal mencetuskan fenomena di negara ini dan membuatkan para penonton ketawa terbahak-bahak dengan rutin tarian yang sentiasa berevolusi dan bertukar dengan enam pertunjukan amal di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang! Â Â Â Â Â Â
Break Out menceritakan kisah lima banduan cemerkap yang sudah lama mahu menikmati kebebasan yang terbentang di luar dinding penjara mereka. Lima banduan ini mendapat ilham rancangan melarikan diri yang berani ke dunia luar apabila menerima teks yang misteri dan suci. Kisah ini diceritakan dalam bentuk tarian yang menggunakan gerak tari sedia ada dan menggabungkannya dengan gimnastik, break dance, yoga dan seni mempertahankan diri dengan muzik DJ yang tiada tandingannya – sebuah persembahan yang belum pernah dipentaskan sebelum ini.    Â
Break Out membawakan genre hiburan baru yang lebih segar dengan gerak tari bebas B-Boy yang tidak terjangkau oleh akal fikiran dan menolak had pergerakan badan. Berbeza dengan genre tarian yang lain, gerak tari ini berubah dan berkembang secara berterusan lalu membolehkan kebebasan yang menyegarkan dan tidak dapat dibayangkan terbentuk. Budaya dan pengaruh hip-hop dalam B-Boy jelas dalam gerak tari yang menarik, gaya fesyen dan muzik, yang semuanya dipersembahkan dalam Break Out. Â Â Â Â Â Â Â
Komedi tarian ekstrem yang mendapat jualan tiket terlaris dengan pantas di Korea Selatan ini berjanji akan menghiburkan penonton di semua peringkat usia dan budaya. Sejak persembahan pembukaannya pada 2007 di Korea, Break Out telah membuat persembahan di depan khalayak antarabangsa di London, New York, Mumbai, Shanghai dan Bangkok. Â
“KTO membawakan Break Out Extreme Dance Comedy sempena sambutan ulang tahun pertama Korea Sparkling, Jenama Korea Tourism. Budaya Korea kini semakin popular di seluruh dunia hasil dari Gelombang Korea yang dibawakan oleh filem, drama dan muzik popular dari Korea,†kata Pengarah Urusan Korea Tourism Organization, Encik Kim Kee Hun, di majlis pelancaran. Â
Kutipan bersih dari Pertunjukan Amal Break Out akan disumbangkan kepada dua organisasi amal bagi mereka yang kurang bernasib baik. Hasil kutipan dari pertunjukan di Kuala Lumpur akan disalurkan kepada LG Cleft Lip Project, projek mengumpul dana yang merupakan sebahagian dari usaha tanggungjawab sosial gergasi elektronik pengguna itu bagi menyediakan rawatan dan penjagaan buat para pesakit kurang bernasib baik yang menderita bibir dan lelangit rekah. Sementara itu, hasil kutipan dari pertunjukan di Pulau Pinang akan disumbangkan kepada D’Home Mental Health Association, organisasi amal yang memberikan sokongan, bimbingan dan didikan buat ahli keluarga dan para penjaga pesakit mental.     Â
“Kami berbesar hati dapat menjadi penaja utama bagi pertunjukan yang unik dan amat menghiburkan sebegini yang bermatlamat membawakan keseronokan kepada orang ramai. Selain itu, ketika orang ramai berseronok bersama rakan dan keluarga di persembahan Break Out, mereka juga turut menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik kerana hasil kutipan bersih dari semua pertunjukan ini akan disalurkan kepada badan amal,†kata Encik T. Y. Ko, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif LG Electronics (M) Sdn Bhd.Â
“Ini adalah perkongsian yang amat bermanfaat bersama KTO di mana kita boleh berkongsi lebih banyak budaya dan pembangunan Korea dengan rakyat Malaysia,†tambah beliau. Â
Persembahan Amal Break Out diuruskan oleh GFW dengan sokongan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Kerajaan Pulau Pinang, Persatuan Hotel Malaysia dan Kedutaan Korea. Rakan Kongsi Media termasuk Star Publication (M) Bhd, 8TV dan ONE FM dengan Hotel Nikko Kuala Lumpur dan G Hotel, Pulau Pinang sebagai Hotel Rasmi.
Tiket dijual pada harga RM63 dan RM93 manakala 6 pembeli bertuah berpeluang memenangi televisyen LCD LG 42â€. Tiket persembahan Break Out boleh dibeli melalui Axcess Hotline 03 – 7711 5000, di saluran keluar tiket Axcess yang sah atau dalam talian di www.axcess.com.my.