in

KRU TV

SIARAN AKHBAR

Q&A KRU TV

1-Apa itu KRU TV

KRU TV adalah sebuah rangkaian penyiaran media baru (new media) yang boleh disaksikan secara maya melalui www.tonton.com.my (Tonton) serta melalui telefon mudah alih mulai September 2011. Di Tonton, KRU TV diletakkan sebaris dengan empat stesen TV Media Prima iaitu TV3, NTV7, 8TV dan TV9 serta 8 rangkaian yang lain. Pengisian KRU TV tertumpu kepada program hiburan dan informasi sesuai untuk kumpulan sasar 15 hingga 35 tahun.

2-Bila KRU TV dilancarkan dan boleh ditonton

KRU TV mula beroperasi dan bersiaran di Tonton pada 11 Januari 2011. Setelah tamat tempoh ujian penyiaran, KRU TV telah menyediakan pelbagai rancangan hiburan yang menyeluruh mulai 1 Mac 2011. Pelancaran media secara besar-besaran juga telah diadakan pada 12 April 2011 bertempat di The Laundry Bar The Curve, dengan kehadiran ramai media dan personaliti TV serta penggiat seni tanahair.

3-Konsep KRU TV

Selari dengan perkembangan media digital dan peningkatan bilangan pengguna internet, KRU TV mempunyai visi dan misi untuk memenuhi  citarasa dan harapan penonton sekaligus menjadi platform media baru yang paling berpengaruh di Malaysia untuk mempromosikan produk serta aktiviti para penggiat seni didalam industri hiburan serta mengenengahkan isu-isu menarik berkaitan dunia hiburan tanahair . Selain dari itu, KRU TV juga ingin menampilkan konsep penyiaran secara interaktif, mudah dan berintegriti serta turut membenarkan penonton menyesuaikan sesi tontonan pada bila-bila masa dan dimana sahaja mereka berada. Kemudahan ini turut menyediakan pelbagai pekhidmatan komprehensif bagi pengiklan serta platform dunia penyiaran  era baru masakini.

4-Berapa banyak program di KRU TV

KRU TV menampilkan lapan (8) segmen eksklusif berbentuk hiburan dan informasi untuk tontonan umum iaitu : PAPARAZZI, CARTA BLOCKBUSTER, 24-7, DRAMANIA, ANIME, TMO, JUKEBOX dan EXTRAVAGANZA. KRU TV akan sentiasa mempertingkatkan lagi jumlah program yang bermutu dari masa ke semasa.

5-Apa yang dipaparkan di KRU TV

PAPARAZZI  Berita hiburan panas dan pantas serta informasi menarik yang terkini tentang artis-artis Malaysia dan Indonesia yang disampaikan oleh personaliti KRU TV.

CARTA BLOCKBUSTER Carta 10 filem mingguan paling popular, kupasan filem terbaru serta temuramah eksklusif bersama pelakon serta selebriti jemputan setiap minggu

24-7 Artis dan selebriti  pilihan mingguan. Kenali dan dekati mereka sambil melakukan aktiviti-aktiviti pilihan yang menarik

DRAMANIA Drama dan drama bersiri terbaru yang menarik terbitan KRU studios

ANIME Animasi bersiri berdasarkan komik popular

TMO The Making Off – Ikuti disebalik tabir perjalanan dan pembikinan filem dan video muzik tempatan serta antarabangsa

JUKEBOX Video Muzik pilihan yang ditujukan khas kepada penonton berdasarkan tema mingguan

EXTRAVAGANZA Berhibur dengan himpunan pelbagai konsert dan persembahan pentas  artis dari dalam dan luar negara

6-Bezanya KRU TV dengan yang lain

KRU TV merupakan rangkaian televisyen tempatan yang didapati secara eksklusif melalui internet dan telefon mudah alih (mulai September 2011).

7-Bagaimana untuk menonton KRU TV

Hasil kerjasama strategik diantara Alt Media Sdn Bhd dan KRU Media Sdn Bhd ini menjanjikan satu pengalaman baru untuk dinikmati oleh penonton. Paling menarik, kesemua perkhidmatan yang ditawarkan adalah percuma. Penonton hanya perlu mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu di portal Tonton sebelum menikmati segala kelebihan di saluran KRU TV.

8-Bagaimana KRU TV beroperasi

KRU TV beroperasi di ibu pejabat KRU Studios di Cyberjaya Selangor, dibawah pengurusan KRU Media Sdn Bhd. KRU Media adalah sebuah syarikat media didalam Kumpulan Syarikat KRU yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan dan penonton. Dengan segala kemudahan yang ada di KRU Studios, KRU Media mampu membekalkan rancangan yang berkualiti tinggi untuk siaran di KRU TV.

9-Golongan & sasaran penonton

Kumpulan Sasar Utama – Sasaran penonton utama KRU TV adalah mereka yang berumur antara 15 -35 tahun (pelajar, surirumah dan PMEBs). Golongan urban & semi urban

Kumpulan Sasar Kedua – Golongan berumur 35 tahun keatas (surirumah dan PMEBs)

10-Pesonaliti KRU TV

Personaliti KRU TV merupakan bakat-bakat baru yang serbaboleh. Selain menjadi pengacara tetap program, mereka juga turut melibatkan diri didalam bidang “modeling”, lakonan dan nyanyian. Personaliti KRU TV kini adalah NEELOFA, AINA SUZAILY, ALIF HADI, NURUL SAKINAH dan CHRISTINA SUZANNE.

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fahrin Ahmad Dalam Drama Tiada Lagi

Konsert Westlife Live in KL