Sajat juga telah buat posting kat Instagram, di mana dia ada post gambar dan video di ig story semasa di Mekah dan di Madinah. Mengikut kronologi, pada hari Ahad, 2 Febuari, Sajat telah berkongsi sekeping gambar Sajat dengan berpakaian telekung bersama ibu bapa dan anak angkatnya sekeluarga di hadapan Kaabah. Dalam posting tersebut, Sajat dengan panjang lebar telah meluahkan rasa syukur kerana telah selesai menunaikan ibadah umrah bersama kedua ibu bapanya dan dua lagi anak angkatnya di tanah suci Makkah. Menurut Sajat, dia berasa sungguh terharu dan menyedari keindahan agama Islam.Â
Sajat sebelum ini pernah beberapa kali menyatakan hasrat untuk menunaikan umrah namun impian itu tidak berjaya dicapai untuk beberapa tahun namun pada 2020 ini dia berpeluang menjadi ‘tetamu Allah’ bersama keluarganya. Dalam posting tu, Sajat turut mengenang nasibnya yang dikatakan sering menerima kritikan di negara sendiri. Menurut Sajat, meskipun sering dihina oleh masyarakat Malaysia, dia bagaimanapun memilih untuk berdiam diri. Dalam posting itu, Sajat seolah-olah cuba mendedahkan identiti sebenarnya biar pun tidak dijelaskan secara terperinci tetapi dia mengakui dirinya antara wanita bertuah.
[BACA QUOTE SAJAT] “Sehina mana pun kita, sejahat mana pun kita, bukan manusia yang menghukum sesama insan, tetapi hanya Allah sahaja yang tahu di mana kita berada nanti ketika meninggal dunia. Terima kasih mak dan ayah, kerana melahirkan Sajat,â€
Apa yang menjadi persoalan netizen adalah penampilan Sajat semasa menunaikan umrah, sebagai seorang wanita lengkap dengan telekung dan bukannya dalam ihram. Rata-rata netizen tidak berpuas hati. Malah, ramai juga yang keliru apabila dua lagi rakan Sajat yang dipercayai ‘Mak Nyah’ turut menjalani ibadah dalam kalangan jemaah wanita. Tindakan mereka itu dilihat seolah-olah mempersendakan agama.
Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak terutama yang kini berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah itu kerana sangsi dan ragu-ragu dengan status jantina Sajat. Salah seorang yang meluahkan kebimbangan ialah Pencetus Ummah (PU) Amin yang turut berada di Mekah kerana berharap Sajat mengikut adab sebagai seorang lelaki. Menurut PU Amin, kat Makkah masa tu semua jemaah Malaysia dah kecoh bercakap pasal isu ini. PU Amin telah buat posting di Instagram, antaranya dia tulis:
“Jangan risau, saya sangka baik Sajat bertudung untuk ambil gambar sahaja. Namun dia berihram seperti lelaki dan solat di bahagian lelaki.Harapnya begitulah, jika tidak ia menjadi perkara yang cukup aib. Maruah dan aurat seluruh wanita di Tanah Haram boleh tercemar,â€
Bagaimana pun dalam salah satu perkongsian oleh seorang pengguna Facebook, menyatakan kekeliruan berikutan dua lagi sahabat Sajat, yang dipercayai ‘Mak Nyah’ turut mengerjakan Umrah dan menjalani ibadah dalam kalangan jemaah wanita. Siap boleh masuk dan solat di Raudhah. FB: https://www.facebook.com/mawar.ismail.5/videos/2921964651169151/
Menurut satu sumber, Sajat dikatakan akan pulang ke Malaysia melalui Jeddah pada 7 Febuari. Visa Sajjat adalah visa pelancong tetapi beliau pergi melalui travel agent iaitu Albayttravel Sdn. Bhd dengan Premium package bersama mutawwif. Dalam perkongsian itu, beliau berharap Travel agent tolong jangan lepas tangan dalam hal ini. Gara-gara itu, agensi pelancongan yang membawa Sajat dan keluarga menunaikan umrah, iaitu Albayttravel Sdn. Bhd. teruk dikecam netizen. Rata-rata warga net meninggalkan komen kurang senang terhadap agensi terbabit sehingga ada yang menggelarkan mereka penunggang agama. Ada juga yang mahu agensi ini diboikot dan mendakwa mereka seperti sengaja ‘menutup mata’ terhadap isu yang sedang hangat diperkatakan itu. Namun pada hari Isnin lalu, 3 Febuari, Pihak Albayttravel menjelaskan, mereka hanya membantu permudahkan umrah dan menyarankan agar mengikut garis panduan ditetapkan.Menurut Jurucakap Albayt Travel, ketika proses untuk pendaftarannya mengerjakan umrah, Sajat memang memberikan dokumennya sebagai lelaki dan tidak pernah memberitahu dia seorang khunsa. Menurutnya, apabila sampai je di tanah suci Makkah, Sajat baru cakap kat mutawiff kat sana yang dia seorang khunsa. Rumors yang mengatakan, Sajat telah ditangkap oleh polis tak benar sebab semasa hari Isnin tu Sajat masih berada Mekah dan takde rekod dia dah beli tiket lain untuk balik ke Malaysia. Pihak Albayt terpaksa mengambil tindakan dengan membawa keluar Sajat dari Tanah Suci di mana mereka dibawa untuk sesi lawatan di sekitar Madinah. Petang itu juga, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu jantina Sajat.
Tak sampai beberapa jam tersebar isu ini di sosial media, ramai yang dah report mengenai kes Sajjat melalui email dan online ke Kementerian Haji Arab Saudi. Melalui perkongsian dari PU Rahmat, ada kemungkinan pintu keluar akan dijaga rapi oleh Pihak Berkuasa Arab Saudi.
Sebelum ini, pihak Saudi pernah menghalang seorang transgender dari Pakistan dari memasuki Saudi untuk menunaikan Haji tahun lepas. Dalam isu ini, tiada soal kesian atau tidak. Apa yang membimbangkan, kerajaan Saudi sangat firm, sangat tegas dengan undang2 mereka dan tindak tanduk kita boleh bagi impact atau kesan kepada rakyat Malaysia yg lain.
Kemudian, pada hari Isnin pula gambar Sajat dan dua kawan & pembantunya di KLIA berpakaian jubah lelaki warna putih, dengan jaket denim dan tidak mengenakan tudung.telah tular dan tersebar di Facebook.
Sementara, seorang pengguna Twitter meluahkan pendapat, apabila ada yang mempersoalakan bagaimana Sajat boleh dibenarkan mengejarkan umrah dalam keadaan sebegitu.
Pada Ahad malam juga, PU Amin telah menyiarkan satu posting di Facebook, di mana dia dimaklumkan kes Sajat dan kawan-kawannya telah dibawa ke pihak atasan. Menurutnya, ini jenayah, satu kesalahan besar sebab lelaki masuk tempat solat wanita. Apa yang membimbangkan takut nanti visa pelancong telah disekat oleh kerajaan Arab Saudi.
Terdapat posting dari keluarga Sajat sendiri yang memohon supaya mak sedaranya balik ke pangkal jalan.
Sekarang, ramai tertanya-tanya tentang hukum ini. Sah Atau Tidak Umrahnya? Budiey nak petik dari 3 orang Mufti yang telah pun menyiarkan kenyataan. Menurut Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad IBADAT umrah Sajat, yang berpakaian seperti wanita ketika berada di tanah suci, tetap sah jika umrah yang dilakukan itu mencukupi syarat. namun, menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, Perbuatan golongan transgender (mukhannas) menunaikan umrah secara tidak mengikut jantina asal mereka, adalah haram dan dikira berdosa. Beliau menjelaskan sekalipun mematuhi rukun, beliau boleh dikenakan dam kerana melanggar wajib umrah. Mufti memaklumkan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang mengadakan pertemuan dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), semalam, mendapati butiran jantina Muhammad Sajjad dalam kad pengenalan didaftarkan sebagai lelaki.Semakan lanjut pada sijil kelahiran beliau juga mendapati penama dilahirkan sebagai lelaki. Hingga kini, tidak ada dokumen rasmi perubatan dikemukakan Muhammad Sajjad bagi membuktikan bahawa beliau adalah wanita. Berdasarkan arahan JPN pindaan jantina dalam kad pengenalan adalah tidak dibenarkan kecuali atas perintah mahkamah,â€Mufti itu turut menasihati netizen agar tidak sewenang-wenangnya memberi komen bersabit isu berkenaan.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berpendapat isu Nur Sajat yang bertelekung sewaktu mengerjakan umrah di Makkah sebagai perkara remeh yang tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat untuk dibincangkan secara meluas.Sehubungan itu, Mohd Asri berkata, Nur Sajat hanya perlu dinasihati berbanding perkara terbabit dibincangkan oleh semua pihak dengan meluas. Perkara ini remeh hingga tidak mendatangkan manfaat kepada perkembangan ekonomi negara dan mengembangkan pemikiran rakyat. Mohd Asri berkata, orang ramai tidak perlu menyibukkan diri dengan sesuatu berita seperti seorang lelaki memakai telekung dan bersembahyang di kawasan wanita sehingga semua orang nak membincangkan mengenainya kerana tidak langsung membantu perkembangan ekonomi dan pendidikan negara kita.
Menurutnya, melakukan kejahatan di Makkah bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana di sana juga ada penipu umrah, penipu jualan barangan dan ada pihak yang menipu dan membawa lari hajarul aswad selama 20 tahun ke negara mereka. Turut memberikan komen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof. Mujahid cukup kesal, tindakan Sajat itu yang telah menjejaskan imej sebagai seorang lelaki tetapi berpakaian seperti wanita ketika di Makkah. Katanya, beliau menerima banyak aduan daripada jemaah dan mereka yang menyaksikan perbuatan Sajat itu, dengan berpakaian wanita, usahawan kosmetik itu bergaul dan berada di ruang solat untuk wanita.
Ramai juga selebriti yang memberikan komen tentang isu ini, antara yang dihighlight ialah kenyataan Shahrol Shiro yang menggesa pihak berkuasa memandang serius isu ini yang dilihat semakin terbuka hingga mencetuskan kebimbangan. Selain Shahrol, Haneesya juga ada membidas komen yang membela Sajat di laman Twitter. Kata Haneesya, “Sudah tentu mereka bimbang soal jantina kerana Sajat adalah lelaki. Dalam masjid, jemaah lelaki dan wanita tidak boleh bercampur sebab bukan mahram.”Kalau Sajat jadi perempuan ketika di Makkah bermakna solat jemaah wanita lain terbatal kerana saf terputus dan banyak lagilah. Bukan kerana kami membenci Sajat,” katanya.Walaupun Haneesya sebelum ini sering menerima kritikan namun tindakannya kali ini menerima pujian netizen. Rata-rata mereka bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan bekas pemenang Dewi Remaja itu.
Akhir sekali, Budiey nak petik penjelasan dari Sajat, tentang pemakaiannya di Mekah. Menyedari akan ada yang mengkritik penampilannya, Sajat menerusi video temubual bersama jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri berkata pemakaiannya itu merupakan urusan dia dengan Allah.
“Islam itu mudah, tak kejam dan setiap apa yang dicipta ada reason… saya pergi sana dalam keadaan tak fikir benda lain, cuma nak jumpa pencipta dan luahkan perasaan.”Bagi saya itu antara saya dengan Allah, yang penting nawaitu (niat) benda ni sebab kalau tanya semua orang nak pergi ke sana.
“Saya dekat sana memang dah bersedia, apa sahaja cara berpakaian itu antara saya dengan sang pencipta… nawaitu saya nak tunaikan umrah dengan ibu bapa dan anak-anak,” katanya.
Difahamkan, rakaman video tersebut dilakukan sebelum rombongannya berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 28 Januari lalu.
Sekian dulu.