Kroll juga seorang penyanyi jalanan (busker) dan artis kebudayaan yang masih aktif mempromosikan bakatnya di depan umum. Berkat kehebatan suaranya, Khairul Nizam yang lebih popular dikenali sebagai Kroll juga telah dinobatkan sebagai juara rancangan realiti All Together Now Malaysia Musim ke-2 pada tahun lalu.
Terkini, Kroll muncul dengan sebuah karya baharu berjudul ‘Lentera Cinta’ untuk para pengikut dunia muzik dan peminat suaranya.
Lentera Cinta merupakan sebuah lagu ciptaan komposer ternama Sheikh Qalam bersama Saladin, dengan lirik nukilan Sheikh Qalam sendiri, yang juga bertindak sebagai penerbit lagu.
“Lagu ini mengisahkan cinta jarak jauh dan perasaan seseorang yang menunggu kekasihnya kembali ke sisi,” ujar Kroll tentang lagu baharunya ini.
“Untuk menyiapkan karya ini, proses rakaman vokal berlangsung selama satu hari. Ini diikuti dengan proses memasukkan rakaman mainan alat muzik bertali atau ‘string’ yang memakan waktu sekitar seminggu,” tambahnya lagi tentang perjalanan rakaman.
Saat ditanya tentang perkembangan terbaharunya Kroll menyatakan yang dia masih bergerak bersama kumpulannya. “Saya masih lagi dengan kumpulan kugiran Persis cuma kebetulan selepas saya menjadi juara rancangan All Together Now Malaysia musim ke-2, saya ingin cuba mengambil peluang ini untuk bergerak solo dan harap single solo pertama saya bakal diterima dan mendapat perhatian semua,” akhiri Kroll tentang karyanya itu.
Berbekalkan susunan muzik dan melodi yang mantap serta suaranya yang memukau, Lentera Cinta berpotensi mencuri perhatian peminat muzik Malaysia.
Bakal dikeluarkan pada tarikh 17 Mei 2024, ‘Lentera Cinta’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.
Kredit:
Artis: Kroll
Tajuk: Lentera Cinta
Produser: Sheikh Qalam
Komposer: Sheikh Qalam & Saladin
Penulis Lirik: Sheikh Qalam
Kroll – Lantera Cinta
Sementara ku di sini menanti
Tiada hati berpaling sejenak kepadamu
Dan hadirmu kasih untuk menunggu mu
Dalam gelap dan kelam malam kita
Oh cinta mana mungkin kau biarku sendiri
Disini tanpa sentuhmu
Oh kasih mana mungkin kau biarku sendiri
Disini di temani sepi hatiku…
Oh bulan ceritakan lah kepadanya
Hatiku kini di hujung jalan cinta
Oh bulan ceritakanlah kepadanya
Hatiku kini di hujung jalan cinta
Terbang ke sini biarkan cintamu
Sementara ku masih adalah di sini
Untuk menjagamu …