Dikatakan, Youtuber ni membeli kotak tersebut dan mengalami gangguan mistik selepas membukanya sehinggakan Pusat Rawatan Al-Idrus ‘turun padang’. Bijak betul cari kontent gais!
Hanya Tipu Semata-Mata?
Dalam video ini Princemeed sedang buat unboxing kotak tersebut yang telah dibeli menerusi ebay. Walau bagaimanapun, sebelum ini kami ada kongsikan bahawa tiada kesahihan kotak ini berhantu kerana ia hanya rekaan semata-mata oleh penulis filem seram The Possession, Kevin Mannis.
Kevin Mannis ada ceritakan sejarah wujudnya kotak Dybbuk ini. Orang ramai mula percaya kisah rekaannya dan bagi menghentikan spekulasi tersebut, Mannis siap ada tawar USD 100,000 lagi kalau betul kotak ini berhantu sebab ia memang tak wujud.
Habis tu kotak yang Pricemeed buat unboxing tu apa?
Baru-baru ini viral di Twitter apabila ada satu channel YouTube mendedahkan setiap perincian dalam video unboxing untuk mengukuhkan pendapatnya bahawa kotak itu hanyalah rekaan semata-mata.
Pada awal video tersebut, individu yang dikhabarkan sebagai seorang doktor itu mempertikaikan kesahihan YouTuber tersebut membeli barang di ebay atau darkweb kerana kotak pembungkusan itu nampak cantik je.
“Kotak yang ditunjukkan dalam video itu sangat bersih, sangat rapi, sangat kemas dan sangat sempurna, sedangkan kotak yang Princemeed beli ini adalah dari negara Chileâ€
Kotak Bungkusan Nampak Kemas Dan BersihÂ
Katanya, kotak yang ditempah dari luar negara biasanya akan worn out (kemek-kemek sedikit) apabila melalui proses pengeposan antarabangsa. Sudah semestinya ia agak rumit kerana perlu melalui beberapa fasa dalam proses penghantaran.
Bila ditanya jika dia menggunakan proses penghantaran yang mahal, doktor ini sangkal bahawa biasanya kotak akan ada banyak label, lebih-lebih lagi pengeposan antarabangsa.
Pastinya akan ada cop kastam, barcode, sticker dari pihak negara asal, negara yang hantar dan tracker dan macam-macam lagi. Baginya itu sahaja dah mencurigakan kerana kotak bersih.
Doktor ini juga yakin bahawa ia adalah buatan Princemeed sendiri menerusi cara bungkusan kotak itu sendiri.
Banyak ruangan kosong dalam kotak
Melihat banyak ruang, doktor yang berpengalaman dalam criminal analyst ini menjelaskan sudah semestinya ia akan membuatkan lagi kotak bungkusan itu akan jadi lebih banyak kemek. Tapi dalam video itu nampak rapi dan kemas.
Saya yakin itu ada kotak buatan Princemeed sendiriâ€
Guna Peti Surat Yang Dibalut Dengan Tikar Gulung Sushi?
Kotak itu katanya di ubahsuai untuk nampak usang dan menakutkan. Kata doktor ini, menerusi kaedah image tracing, ia bukan seakan, tetapi memang tepat menggunakan peti surat.yang ada di Malaysia.
Tambahnya, kotak seperti itu tiada di negara luar kerana bentuk peti surat negara barat tak sama seperti di Asia.
Dia juga dikatakan guna tikar gulung sushi kerana dapat dilhat jalur benang disitu.
Doktor ini rumuskan bahawa kotak ini disembur warnanya supaya tak nampak macam peti surat.
Apabila dilhat dalam otak tersebut, kedudukan nampak kemas tanpa sebarang bungkusan keselamatan.
Secara logiknya, untuk menghantar barang kaca sudah pastinya kena ada bubble wrap. Lebih-lebih lagi kalau pengeposan antarabangsa.
Guna Telur Untuk Hantaran/Perhiasan?
Kesemua barang-barang yang ada dalam kotak itu nampak kemas dan tidak rosak biarpun tidak dibalut sebagai perlindung setelah membuat penghantaran antarabangsa, itu amat mencurigakan.
Baginya, barang-barang yang ditunjukkan ini ada di Malaysia. Lebih-lebih lagi, telur emas tersebut. Ia mengingatkan doktor ini akan barang perhiasan rumah dan barang hantaran yang orang Malaysia gunakan.
Namun begitu, berkenaan dengan gangguan yang dialami oleh Princemeed, doktor ini enggan mengulas isu tersebut.
Dia hanya ingin menjelaskan tentang kesahihan Dybbuk yang kononnya dibeli melalui ebay itu.
“Kotak, telur dan segala isi kandungan dalam kotak itu adalah rekaan Pricemeed semata-mata. Dari sini kita boleh tahu kotak itu tidak ada jin atau syaitan.
Jadi bagaimana ustaz itu boleh detect melalui pembantunya, yang mengatakan jin tu datang dari Dybbuk Box. Untuk isu ini saya rasa biarlah penonton yang tafsir sendiri.â€
Betul ke tidak, terserah pada kalian untuk percaya.