in ,

Kotak Edisi Terhad F9 Starry Purple Ayda Jebat

OPPO bakal Memperkenalkan Kotak Edisi Terhad F9 Starry Purple bersama Bintang-bintang Terkemuka Hebe Tien dan Ayda Jebat

OPPO sekali lagi telah bersedia untuk mengujakan para pengguna dengan kemunculan edisi OPPO F9 Starry Purple yang ditunggu-tunggu selama ini di KL Life, Live Centre.

Bagi menambahkan lagi keterujaan, OPPO juga berkolaborasi dengan jenama kecantikan antarabangsa Jepun, Shiseido bagi membawakan O-fans kotak cenderahati edisi terhad yang eksklusif bagi warna F9 yang baharu.

F9's Ambassador - Ayda Jebat

Bukan itu sahaja, OPPO juga akan bekerjasama dengan selebriti antarabangsa dan tanah air bagi pelancaran kali ini. Bintang terkemuka Taiwan, Hebe Tien dan artis jelita, Ayda Jebat, kedua-duanya akan menjadi Duta Produk OPPO F9. Kemunculan dua selebriti hebat ini semestinya akan menggamatkan lagi pentas pelancaran dan mempamerkan kehebatan OPPO F9 Starry Purple nanti.

F9 menggabungkan beberapa fungsi terbaharu yang merevolusikan OPPO F-Series. Dengan hanya mengecas selama lima minit, pengguna boleh mendapat dua jam waktu berbual. Tambahan lagi, F9 juga dilengkapi dengan dwi kamera belakang AI-enhanced (16MP + 2MP) bagi membantu mencapai kesan Bokeh yang mengagumkan bila mengambil gambar. Kamera hadapan OPPO F9 25MP juga tidak mengecewakan.

Penciptaan semula teknologi ‘Sensor-HDR’ mempertingkatkan lampu belakang swafoto secara dramatik dan membolehkan para pengguna memeriksa kesan-kesan dedahan dinamik tinggi sebenar serta-merta.

Waterdrop Screen

Duta OPPO F9, Hebe Tien berkata:

“Saya sangat teruja menyaksikan kemunculan OPPO F9 Starry Purple di Malaysia! Pada saat saya melihat Starry Purple, ia seperti sesuatu warna yang misteri tetapi memikat yang sukar untuk saya lepaskan. Anggun dan elegan, setiap kali saya memegangnya, saya terasa seperti kosmik berada di dalam gemggaman saya dan ia membisikan kepada saya bahawa saya boleh menjadi apa sahaja dan kadangkala, seronok juga menjadi sesuatu yang berbeza.”

Berlainan pula dengan penyanyi bersuara merdu tanah air, Duta OPPO F9, Ayda Jebat berkata bahawa Starry Purple adalah azimat istimewa dan mewakili dirinya. Walaupun beliau mempunyai sisi lain yang berbeza tetapi ia tetap dirinya yang sebenar dan sememangnya itu adalah dia.

Seperti warna ungu yang terhasil daripada gabungan warna merah dan biru, sekiranya berlawanan antara satu sama lain tetapi ia tetap indah apabila dicampurkan bersama bagi mencipta pelbagai kemungkinan.

OPPO F9 Starry Purple is arriving

Menurut Nikki Chen, Pengarah Penjenamaan OPPO Malaysia,

“Kedua-dua selebriti ini mempunyai kepelbagaian barisan peminat yang melambangkan F9 dengan sempurna sebagai satu gabungan sempurna keanggunan dan elegan. Tidak dinafikan juga mereka berdua sangat berbakat dan hebat yang menjadikan mereka padanan yang sempurna untuk mewakili kecantikan dan teknologi F9 yang akan memuaskan kehendak pengguna dari segi penampilan dan fungsi.”

Kolaborasi bersama Shiseido

Bagi menambahkan lagi keterujaan pelancaran Starry Purple adalah kolaborasi OPPO dengan jenama kosmetik antarbangsa terkemuka Shiseido. Kerjasama berantara kedua-dua jenama ni telah menghasilkan kotak edisi terhad ekslusif bagi rona terbaharu F9 – menandakan telefon ini sebagai satu adunan serasi nilai-nilai estatik dan teknologi. Kotak edisi terhad ni didatangkan dengan gincu Shiseido bermodel Rouge Rouge dalam tona Primrose Sun (RS419) bernilai RM108 dan servis solekan flash yang memberikan para pengguna peluang untuk merasai servis solekan yang direka secara ekslusif bagi OPPO F9 Starry Purple.

Terdapat dua jenis pilihan solekan samada Solekan Harian Romantik atau Malam yang Chic dan anggun.

F9's Ambassador - Hebe

“Pengguna kelmarin telah menjadi semakin celik teknologi dan sentiasa mencari telefon pintar terbaik bagi memenuhi keperluan-keperluan mereka samada dalam penampilan dan pelbagai fungsi. OPPO F9 sememangnya mampu memenuhi keperluan-keperluan tersebut melalui teknologi ekslusif OPPO VOOC Flash Charge selain mempelopori skrin estatik titisan air dengan kecerunan rekaan warna dengan pencapaian terbaiknya apabila 32 unit terjual setiap minit semasa hari pertama jualan F9, kami mengharapkan pencapaian yang lebih daripada kali ini dengan Starry Purple.” menurut Nikki Chen, Pengarah Penjenamaan OPPO Malaysia.

Sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan dan untuk lebih memenuhi keperluan penguna-penguna kami, kami mendapati kecantikan dan teknolgi sepatutnya digambarkan melalui keseluruhan telefon, samada luar dan dalam. Oleh itu kerjasama kami bersama Shisheido mewakili tujuan ini dan kami amat berbangga untuk mengumumkan kolabarasi kami bersama Shisheido, yang secara tidak langsung mengatasi batasan kami sendiri dan persepsi-persepsi orang ramai terhadap jenama-jenama telefon pintar. Untuk menghampiri dengan para pengguna, kami melancarkan kotak edisi terhad F9 Starry Purple, dihasilkan istimewa untuk kepelbagaian warna Starry Purple,” tambah beliau lagi.

Menurut Cik Denise Chen, Penolong Pengarah Am Shiseido, beliau berkata bahawa

“Sebagai sebuah jenama kecantikan terkemuka dan yang dipercayai selama 145 tahun, kami sangat teruja untuk memulakan kerjasama ini bersama OPPO. Industri kecantikan sedang berkembang pesat dan mengabungkan penggunaan teknologi dan bekerjasama dengan OPPO merupakan satu penghargaan dan ia memberikan Shisehido satu landasan untuk melebarkan sayap kami dan berhubung dengan pengguna-pengguna kami dari pelbagai peringkat. Kolaborasi dengan F9 Starry Purple adalah usaha jenama kami dalam meneroka pelbagai kemungkinan dan mencipta pelbagai aspek ke arah jenama kami.”

Kecemerlangan Rekaan: Skrin Titisan Air dengan Kecerunan warna-warna

Memandangkan telefon pintar semakin digemari golongan muda, OPPO menerokai citarasa mereka melalui fesyen dan stail untuk mereka produk-produk dengan daya tarikan lebih meluas. Selepas pelancaran dua rona warna kombinasi F9 pada Ogos yang lalu, Starry Purple juga dilengkapi dengan teknologi Kecerunan Semburan dan teknologi “Bingkai Kecerunan” digunakan oleh OPPO bagi memberikan kombinasi sempurna kecerunan rekaan pada belakang dan memberikan pengguna pengalaman tontonan yang lebih menyeluruh Rekaan estatik-estatik warna menonjol kepada pengguna-pengguna muda seluruh dunia. Satu lagi rekaan unggul yang dipertingkatkan melalui model ini adalah Skrin Titisan Air yang diinspirasikan oleh titisan air yang hampir menitis.

F9 didatangkan dengan skrin 6.3 inci tanpa bezel mengagumkan yang menampilkan resolusi 2340×1080 FHD+ dan nisbah aspek 19.5:9, nisbah 90.8%.super-high screen-to-body.

Kecemerlangan melalui pengecasan: Pengecas laju dengan VOOC

Kelebihan utama set OPPO F9 yang membezakan ia dari F-Series yang lain adalah kecemerlangan dalam pengecasan melalui Pengecas VOOC Flash. Teknologi ini yang dibangunkan sendiri oleh OPPO, mempunyai kelajuan pengecas empat kali ganda lebih laju dari pengencas biasa pada 5V1A.

Bagi mereka yang ingin cepat, pengecasan 5 minit sudah memadai untuk memberikan waktu berbual selama 2 jam. Selain dari meningkatkan kelajuan pengecasan sebanyak empat kali ganda, VOOC juga didatangkan dengan sistem keselamatan lima lapisan dari penyesuai ke pot dan bahagian dalaman telefon. VOOC telah menggantikan pengurangan litar voltan dengan MCU, menghalang telefon bimbit dari kepanasan melampau secara efektif dan menjadikan VOOC sebagai salah satu solusi pengecas yang terpantas dan terselamat dalam pasaran. Anda juga boleh menggunakan telefon anda sambil mengecas dengan kelajuan tinggi, dimana pengecas arus tinggi biasa tidak dapat melakukannya.

Kecemerlangan dalam fotografi: Dari Swafoto ke Potret Seni

Legasi OPPO yang utuh dalam fotografi telah menyaksikan mereka menjadi ‘Pakar Swafoto’ lebih maju dengan OPPO F9 baharu. Kini, OPPO telah mula memfokuskan pada merakamkan kecantikan menyeluruh. Buat pertama kali, OPPO F Series dilengkapi dengan kamera dwi belakang (16MP + 2MP). Kerjasama antara kedua-dua kamera ini membantu pemproses mengira kedalaman ruang dan mencapai kesan Bokeh. Apabila mengambil gambar menggunakan kamera belakang, F9 dilengkapi dengan dwi kamera untuk merakam setiap detik. Pengabungan 16 bebas dan 800 babak boleh dikenalpasti melalui Pengecaman Babak AI.

Kamera hadapan OPPO F9 25MP juga tidak mengecewakan. Penciptaan semula teknologi ‘Sensor-HDR’ mempertingkatkan lampu belakang swafoto secara dramatik dan membolehkan para pengguna memeriksa kesan-kesan dedahan dinamik tinggi sebenar serta-merta. Disamping itu, sekarang OPPO F9 mampu mengumpul 296 ciri-ciri raut dengan tepat untk setiap objek, merujuk mereka kepada pangkalan data yang besar bagi imej-imej raut wajah, menganalisa raut-raut sebelum membuat sebarang pengubahsuaian bersesuaian bagi setiap subjek. Teknologi Kecantikan AI memberikan para pengguna 8 juta kesan pencantikan yang berlainan dalam swafoto-swafoto yang diperibadikan dengan lebih menarik disamping mengekalkan kecantikan semula jadi bagi setiap objek insan.

Tambahan lagi, F9 juga menyokong pelbagai fungsi kamera yang menarik seperti AR Stickers, mode pencerahan dan video gerak perlahan.

Penemuan cemerlang dalam pengalaman: Sistem ColorOS 5.2 AI Intuitive
Berdasarkan Android 8.1, OPPO membawakan system kendalian ColorOS 5.2 bagi mencipta pengalaman interaktif yang lebih bijak kepada para pengguna. Kepintaran berada di mana-mana pada sistem ColorOS 5.2 yang membolehkan tabiat dan kecenderungan penggunanya dianalisa secara berterusan, membawakan kandungan-kandungan yang diminati pengguna dan membolehkan F9 sentiasa menjadi “Selangkah ke Hadapan”.

F9 juga dilengkapi dengan lensa Google yang mampu mengenalpasti objek dan menunjukan hasil-hasil carian dan infomasi yang berkaitan. Bagi perkakasannya pula, kombinasi memori 6GB+64GM mempertingkatkan lagi kelajuan pengendalian. F9 juga menyokong pelebaran memori 256GB. Untuk memuaskan para pengguna dengan penggunaan kad sim pelbagai, F9 menampilkan rekaan slot 3 kad, dua untuk kad sim dan satu kad penyimpanan.

Dijual pada harga RM1,399, OPPO F9 x Shiseido Starry Purple edisi terhad ini boleh didapati secara ekslusif di rakan e-commerce OPPO, Lazada online bermula dari 3 Oktober 2018 dari jam 12 petang, sementara stok masih ada. Untuk edisi biasa pula, dengan harga yang sama RM1,399, tempahan boleh dilakukan bermula dari 2 Oktober sehingga 5 Oktober. Para pelanggan boleh juga berkunjung ke Kedai Konsep OPPO, kedai-kedai pengedar sah OPPO untuk mendapatkan OPPO F9 Starry Purple ini.

Untuk maklumat lanjut OPPO F9 Starry Purple, sila melayari:
OPPO Official Website: http://www.oppo.com/my/
OPPO Official Facebook Page: https://www.facebook.com/malaysiaoppo/
Lazada Pre-order link: https://goo.gl/MivgTZ

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Filem MALICIOUS

Video Muzik AKU MALU oleh Aqeesh Aleeya Dilancarkan