Majlis yang bertemakan ‘A Cup of Love’ yang dianjurkan oleh Inbisco Marketing & Sales Sdn. Bhd. telah melancarkan produk baru mereka, Kopiko L.A. Coffee, di Aloft Hotel, Kuala Lumpur Sentral. Produk keluaran PT. Mayora Indah Tbk. dari Indonesia, Kopiko L.A. Coffee adalah kopi pra-campur yang menawarkan peminat kopi dengan pilihan alternatif kegemaran mereka yang selesa di perut.
“Ramai peminum kopi tidak sedar bahawa kopi adalah minuman yang berasid dan boleh mengganggu perut jika diminum berlebihanâ€, kata Pengurus Negara Kumpulan untuk Malaysia, Singapura dan Brunei dari Inbisco, En. Ng Kin Kok. “Dengan pemahaman kopi dan permintaan pasaran, kami gembira dapat memperkenalkan satu pilihan yang lebih sihat agar peminat kopi di Malaysia dapat menikmati minuman kegemaran mereka.”
Kopiko Memperkenalkan Kopi Rendah Asid Baru ‘A Cup of Love’ menawarkan rakyat Malaysia pilihan yang lebih sihat
Kopiko adalah jenama antarabangsa terkenal, khasnya dengan candy kopi ekstrak yang telah mencecah rekod nombor satu paling terlaris di dunia. Dikeluarkan oleh sebuah syarikat Indonesia ternama dalam segmen Barang Pengguna Laris (FMCG) dan pakar kopi, PT. Mayora Indah Tbk., yang menawarkan pelbagai produk berkualiti tinggi, termasuk Kopiko Coffee, coklat Choki-Choki, Danisa Butter Cookies, biskut kelapa Roma, biskut jem Slai O Lai dan Go Cheese Wafer. Produk Kopiko bersama dengan rangkaian produk Mayora di edarkan khas di Malaysia oleh Inbisco.
Kata En. Henry H. Atmadja, Direktur Supply Chain dari Mayora, Indonesia.
“Sebagai pakar penanam dan pengeluar kopi, kami di PT. Mayora Indah Tbk  amat peka terhadap permintaan pengguna dan amat bangga untuk memperkenalkan produk baru di pasaran Asia yang sentiasa berkembang, Kopiko L.A. Coffee di hasilkan daripada biji kopi Arabica dan Robusta yang bermutu tinggi. Panggangan biji kopi bagi Kopiko L.A Coffee tidak seperti panggangan tradisi biji kopi yang lain. Ini adalah kerana panggangan biji kopi bagi Kopiko L.A. Coffee adalah terkawal pada suhu tertentu untuk menghasilkan kopi rendah asid. Walaupun kopi ini selesa di perut, ia masih mengekalkan rasa dan keharuman kopi yang penuh.”
Merujuk kepada perhubungan erat antara Mayora dan Inbisco, En. Andre S. Atmadja, Presiden Direktur PT. Mayora Indah Tbk. dari Indonesia yakin, bahawa Kopiko L.A. Coffee akan diterima baik di Malaysia serta di rantau Asia.
“Sejak beberapa tahun, Mayora telah banyak melabur dalam perkembangan nama Kopiko, dari segi jenama serta perspektif produk,†kata En. Andre. “Produk kami boleh didapati di lebih dari 80 negara di seluruh dunia, dimana Asia, Afrika dan Americas menjadi pasaran utama bagi kami. Inbisco adalah rakan seniaga yang amat dihargai dan kami yakin hubungan rapat kami dapat menjayakan jenama dan senarai produk Kopiko dan ia akan terus maju berlipat ganda.”
“Ia adalah satu penghormatan bagi kami untuk berganding bahu dengan Mayora, dimana mereka telah menghulurkan sokongan sepenuh dalam usaha pasaran kami. Kami mengongsi visi yang sama dalam bidang kopi, minuman dan industri makanan, dan kami percaya sinergi ini akan akan membantu kami mengembangkan penguasaan pasaran kami di rantau ini.”
“Kami percaya bahawa populariti Kopiko L.A. Coffee di Malaysia akan bertambah kerana orang ramai kini semakin peka terhadap apa yang mereka makan. Dengan kelebihan kopi rendah asid, kopi ini tentu akan menjadi pilihan semula jadi yang sihat bagi penggemar kopi.”
Perbincangan kelebihan Kopiko L.A. Coffee dan lawatan memperkenalkan produk barangan Mayora diadakan dalam majlis pelancaran ini. Antara beberapa produk yang telah dikenali di pasaran Malaysia adalah candy Kopiko, Danisa Butter Cookies, biskut kelapa Roma dan coklat Choki-Choki.