in , ,

Kontroversi Sissy Imann, Mas Idayu Dedah Dipanggil B*bi, C*laka, S*al & Anj*ng

Famili Duo: “Saya Alukan Netizen Maki Saya, Asalkan Jangan Ganggu Peserta” – Kontroversi Sissy Imann, Mas Idayu Dedah Dipanggil B*bi, C*laka, S*al & Anj*ng

“Saya sangat mengalu-alukan netizen memaki diri saya, asalkan jangan ganggu peserta Famili Duo.”

Semalam sejurus selepas Final Famili Duo TV3, Mas Idayu dan Sissy Imann kelihatan berpelukan, dan Mummy telah mengulas mengenai isu kontroversi yang melibatkan dirinya bersama duo sepupu, Sissy Imann dan Naim Daniel.

Terpalit isu selepas kritikan terhadap pasangan tersebut membuatkan Sissy mengalirkan air mata dan hilang kata-kata, Mas Idayu enggan memberikan kenyataan ketika kontroversi masih panas kerana tidak mahu peserta terganggu.

“Itu yang saya harapkan, jangan maki peserta. Sebab itu saya tak mahu bersuara langsung sejak awal. Saya tak mahu mereka terganggu. Ada peserta yang mesej saya di Instagram, mereka katakan nampak sangat saya sayangkan Sissy dan Naim berbanding mereka.

“Itu pun saya diamkan sahaja dan tidak balas mesej mereka kerana orang boleh nampak, saya memberikan teguran yang lebih kepada mereka berbanding peserta lain,”

– Mas Idayu

Tidak terasa hati dengan tindakan Sissy, penyanyi lagu Hasrat Perindu itu mendedahkan dirinya menjadi bahan kejian netizen selama seminggu.

“Saya tak terluka dengan tindakan Sissy yang menangis selepas diberikan komen dan berkongsi beberapa hantaran di Instagram selepas kejadian itu. Apa yang saya nampak, dia tak marah saya. Apa yang saya perhatikan, perasaannya lebih kepada kecewa dengan diri dia. Tetapi, kerana dia mendiamkan diri, netizen hentam saya.

“Dalam masa seminggu kejadian berlangsung, saya dapat panggilan b*bi, c*laka, s*al, anj*ng dan sebagainya, tetapi saya tak nak jawab apa-apa pun kerana saya enggan mereka kacau peserta. Saya nak mereka fokus sehingga perjuangan tamat di pentas Famili Duo, itu yang saya harapkan. Makilah saya dahulu,” katanya.

Mengulas mengenai tindakannya yang tidak memberikan komen kepada Sissy dan Naim usai persembahan mereka di minggu seprauh akhir Famili Duo, Mas Idayu mempunyai alasan tersendiri.

“Saya nak dia kuat seperti orang lain. Saya nak Sissy dan Naim minta sendiri saya komen kerana saya nak mereka kental macam peserta lain. Sissy dan Naim sangat bijak dalam muzik, cuma mungkin di minggu keenam ada silapnya.

“Pernah tak sejak minggu pertama, juri katakan mereka tak bagus? Tak ada. Minggu keenam sahaja. Saya tak rasa apa-apa apabila dihamburkan kata-kata kejian kerana saya kental. Saya tak peduli, jika orang lain nak marah, marahkan saya, bukan peserta saya,” katanya.

Di konsert akhir, Sissy dan Naim mendapat tempat keempat serta berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM10,000.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DIA FEST

Kolej Pengajian Seni Kreatif Memperkasa Pelajar Melalui DIA FEST 2023 

ALIFF AZIZ GEGAR VAGANZA 2021

Sinopsis Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah Lakonan Aliff Aziz