Jam 11 pagi ini, Ashraf Sinclair akan mengadakan satu sidang media di pejabatnya di Bukit Damansara berkenaan dengan Melodi telah memanipulasikan fakta di majlis resepsi perkahwinan Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari pada Jumaat lalu.
Isu ini telah menimbulkan kontroversi setelah wartawan Melodi ketika itu iaitu Michelle & the geng telah menyiarkan beberapa yang jelik dan ‘kecelaan’ tentang apa yang sebenarnya berlaku di majlis resepsi itu.
Namun, Ashraf kata, apa yang berlaku tidaklah seburuk yang dipaparkan dalam Melodi yang disiarkan pada hari Ahad lalu. Cuma mungkin ini salah tanggapan dan isu ini memang boleh dibuat bahan sensasi bagi program TV3 yang dapat meraih rating berbiliion penonton.
Lagi memburukkan keadaan setelah Ashraf Sinclair didapati tidak dapat memenuhi sesetengah permintaan media untuk ditemubual secara eksklusif. Yelah, mungkin masa tu dah lewat memandang pasangan ini menghabiskan masa ‘berjam-jam’ katanya untuk bergambar dengan kawan-kawan terdekat yang datang.
Sebagaimana yang korang tahu, ramai media yang datang tidak diberi kerusi untuk duduk di dalam dewan memandangkan tempat duduk sangat terhad. Budiey pun nasib baik dapat tempat duduk dan sempat juga makan di majlis resepsi itu. Memang ayam percik masakan Kelantan dan kambing masala tu sangat lazat!
Dan ini apa yang didengar oleh Azira, rakan Budiey di meja mstar online:
Apa yang penulis dengar, program Nona dari TV3 telah ‘membeli’ majlis Ashraf untuk dimuatkan dalam program tersebut. Namun apabila mereka tidak dapat melakukan temubual secara eksklusif, jadi mungkin mereka menganggap program tersebut sudah tidak bermakna lagi setelah semua wartawan perlu membuat temubual beramai-ramai melainkan program Ria Sentral yang dihoskan oleh Sazzy Falak sahaja yang berjaya menemubual mempelai secara eksklusif di atas pentas.
Apabila mengajukan kenyataan tersebut kepada pengurus Ashraf, Nora di majlis resepsi kedua pengantin tersebut keesokan harinya, dia berkata program Nona tidak pernah menyatakan yang mereka ‘membeli’ program tersebut secara eksklusif.
Yang Nora tahu, temubual tersebut dibuat mengikut nasib dan dia sendiri tidak menjanjikan apa-apa. Apa yang penulis dengar juga, Nona terlebih dahulu telah mendapat temubual secara eksklusif baru-baru ini sebelum majlis resepsi tersebut dilakukan. – mstar online.
Budiey dapat tahu ramai media yang melenting dan mengatakan Ashraf Sinclair semakin sombong dan tidak kenang budi wartawan seperti kacang lupakan kulit. Memang ramai yang geram bila permintaan mereka tidak dilayan. Kata mereka, mentang-mentang la dah dapat kerja di Indonesia… dah lupa media kat Malaysia.”
Harap semua rakan media tak melatah dengan isu ini… dan kepada Melodi, korang telah menjalankan tugas korang dengan baik. Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik.