Pada 14 April 2014, bertempat di Hotel The Royale Chulan, Mutiara Damansara telah berlangsung sidang media Konsert Ziana Zain. Setelah lebih 20 tahun mengharungi pahit manis di dalam arus industri muzik tanah air, penyanyi bersuara lantang Ziana Zain bakal mengadakan konsert solo beliau buat kali kedua iaitu Konsert I Am Ziana Zain setelah hampir 15 tahun di mana kali terakhir beliau menghiburkan peminat sekitar tahun 2001 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) melalui konsert mega beliau Ziana Zain In The Park.
Ziana Zain kini masih berdiri sebagai penyanyi dan penghibur kesayangan Malaysia walaupun sepanjang tempoh tersebut, puluhan penyanyi wanita telah datang dan pergi dalam mewarnai persada hiburan tempatan. Dengan tujuh buah album studio tidak termasuk lima buah album kompilasi serta puluhan hit sejak tahun 1991 termasuklah Anggapanmu, Putus Terpaksa, Korban Cinta, Puncak Kasih, Syurga Di Hati Kita dan Dingin itu mempunyai cukup kelayakan untuk menguasai sebuah pentas konsert sendiri.
Konsert I Am Ziana Zain di MITC Melaka
[pullquote]Menggunakan introduksi pengenalan dirinya di laman Twitter dan Instagram iaitu @iamzianazain, sepanjang konsert yang berdurasi dua jam itu, Ziana dijangka akan menyanyikan 22 buah lagu popular diiringi 22 orang pemuzik orkestra yang akan dipimpin oleh Aubrey Suwito selaku pengarah muzik. Seperti konsert-konsert yang pernah dijayakan oleh mana-mana artis dan Ziana sendiri, Konsert I Am Ziana Zain di MITC Melaka pada 27 September 2014 juga dirancangkan penuh dramatik termasuklah beberapa kejutan untuk memberikan hiburan maksimum kepada pembeli tiket.[/pullquote]
Dibawakan oleh Gold Earth Pictures Sdn.Bhd dengan kerjasama ZianaZain Ventures, konsert yang akan berlangsung pada 27 September 2014 itu juga bakal meninggalkan impak istimewa buat Ziana dan penyokong tegar yang mengenalinya sejak zaman Madah Berhelah. Masa yang panjang dapat dimanfaatkan dengan menghasilkan dan mempromosikan sebuah lagu baru untuk Ziana Zain.
Buat pertama kalinya Gold Earth Pictures sebuah syarikat bumiputera yang ingin mengadakan konsert, turut menerbitkan sebuah lagu baru untuk artis yang terlibat. Ibarat sirih pulang ke gagang, penantian berbelas tahun itu sungguh berbaloi apabila Ziana berpeluang menjayakan sebuah konsert di negeri kelahirannya sendiri iaitu di MITC Melaka.
Konsert itu juga akan menjadi pemecah tradisi buat Ziana yang selama ini hanya mengadakan konsert di ibu kota. Secara kebetulan, Konsert I Am Ziana Zain juga tidak ubah seperti hadiah terindah buat Ziana dan seluruh peminatnya sempena ulang tahun kelahiran Ziana yang ke-46 yang bakal disambut pada tanggal 2 Mei nanti.
[pullquote align=”right”]Setelah sekian lama mendambakan konsert solo dalam skala yang besar, akhirnya bintang ternama seni suara tanah air ini diberi kepercayaan untuk menjayakan konsert yang membawakan tema ‘I Am Ziana Zain’. Konsert ini bakal dipentaskan pada 27 September 2014 di MITC, Melaka.[/pullquote]
Ziana Zain bakal mendendangkan 22 buah lagu popularnya diiringi 22 pemuzik orchestra yang akan dipimpin oleh pengarah muzik terkenal iaitu Aubrey Suwito. Konsert ini merupakan kesinambungan permulaan terbaik 2014 buat penyanyi ini berikutan kejayaan Konsert Teaterikal Suara Kita yang berlangsung di Istana Budaya yang lalu.
Cara Untuk Mendapatkan Tiket:
[dropcap]B[/dropcap]agi yang berminat, jualan tiket sudah mula dibuka dengan harga RM325 (Platinum), RM225 (Diamond), RM155 (Gold) dan RM95 (Silver). Bagi 100 pembeli awal tiket dibawah klasifikasi platinum berpeluang meluangkan masa bersama Ziana pada keesokan harinya selepas Konsert I Am Ziana Zain berlangsung.
Tiket boleh didapati menerusi www.ticketpro.com.my atau dibeli secara terus di pejabat urusan GOLD EARTH PICTURES di alamat 30-1, Jalan Teknologi 3/6D, The Core Seksyen 3, Kota Damansara, Petaling Jaya Selangor atau Melaka International Bowling Centre (MIBC), Jalan Konvensyen Ayer Keroh, Melaka.
Peminat yang membeli terus dari pejabat GOLD EARTH PICTURES bermula 14 hingga 31 Mei bakal mendapat potongan harga sebanyak 10 peratus. Untuk Maklumat lanjut, hubungi VEEA (0122032508) atau HILMI (0126884434).
GOLD EARTH PICTURES
[dropcap]D[/dropcap]itubuhkan pada Januari 2012, Gold Earth Pictures (GEP) sebuah syarikat pengurusan acara yang bermatlamat untuk memberi keutamaan, membantu memenuhi dan mencapai keperluan serta kehendak pelanggan merealisasikan kejayaan acara yang dilaksanakan. Objektif GEP ialah memberi idea dan nafas baru pada setiap acara yang kami kendalikan dan moto syarikat kami adalah “client always right” Setelah hampir dua tahun beroperasi, GEP telah membuat pelbagai acara TV,majlis rasmi atau tidak rasmi daripada pihak swasta, kerajaan dan lain-lain. Walaupun syarikat ini masih baru tetapi tenaga kreatif di GEP percaya, kreativiti tidak ada sekatan usia, apa yang penting ialah orang di belakang tabir yang mengerakkan nadi syarikat ini Tenaga pekerja yang terlibat dalam pengurusan dan teknikal dalam syarikat GEP terdiri daripada pekerja berpengalaman dan mempunyai kepakaran digabungkan dalam industri hiburan dengan skop kerja masing-masing. Dengan lebih daripada 50 projek yang telah dilaksanakan, pengalaman daripada penghasilan iklan TV,video korporat, drama, persembahan multimedia, produk dan bilik pameran pelancaran, video muzik, pertunjukan fesyen, GEP terus berusaha untuk mencadangkan konsep dan idea-idea baharu dan menarik bagi memenuhi permintaan pelanggan.
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah: PENGURUSAN ARTIS DINNER SHOW / GIMMIK PERFORMANCE VIDEO MCP & SCP PROGRAM TV LIGHT & SOUND, PYROTECNIC MAPPING, LED & GRAFIK